Pendaftaran online BR1M 2017 dan link muatturun

Salam harmoni,

MAKLUMAN TERKINI 
  1. Aplikasi Mobile Semakan BR1M kini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Klik  untuk maklumat lanjut.
  2. Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan BR1M menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.
  3. Pembayaran peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017 dibuat mulai 16 Ogos 2017 (Rabu) secara berperingkat. Bagi mereka yang lulus pada peringkat rayuan (baki rayuan dan rayuan tambahan) dan melaporkan maklumat Akaun Bank pula, pembayaran dijangka akan dibuat mulai 29 Ogos 2017 (Selasa). 
  4. Bagi pemohon yang tidak melaporkan Akaun Bank akan menerima surat bersama Baucar. Penunaian Baucar bagi Fasa 3 (termasuk baki rayuan dan rayuan tambahan) hanya boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional mulai 21 Ogos 2017 (Isnin). 
  5. Tarikh sah penunaian Baucar BR1M 2017 adalah sehingga 30 November 2017

 

Untuk mengisi borang permohonan secara online, sila ke link ini;

https://ebr1m.hasil.gov.my/

 

Syarat kelayakan permohonan BR1M:

(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

 

•   Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)

•   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

•   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M

**NOTA

1. PERMOHONAN BARU – Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 – Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Saya dah cuba daftar, tapi tak berjaya sebab gaji suami dah melebihi had. Ingatkan surirumah boleh dapat juga tanpa kira gaji suami… heee~

Ayah saya seworang pesara baru nak daftar BR1M kali ini. Abang-abang saya kali kedua dapat.

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *