Alhamdulillah puas makan hidangan kenduri yang enak jemputan kahwin seorang kawan di Ipoh tengahari tadi. Memang tukang masak, kenduri anak sendiri, masak sendirilah… Untung kan macam tu?
Sebut pasal makan, baca saja berita ni, perut sendiri rasa macam nak sakit. Kalau setakat dengar perempuan mengandung mengidam nak makan serbuk kopi ke, boleh diterima akal juga. Ini, mengandung pun tidak, tapi bertabiat pelik suka makan span dan sabun.
Jom baca berita penuh;
LONDON: Seorang jururawat pergigian semalam mendedahkan bagaimana dia memakan 4,000 span kerana penyakit ganjil.
Kerry Trebilcock, 21, juga memakan lebih 100 ketul sabun.
Dia menghidap pica, sejenis penyakit yang menyebabkan mangsa suka memakan barangan bukan makanan.
Kerry yang berasal dari Mylor, Cornwall berkata: “Satu hari kelak, saya akan mengatasi masalah ini dan mandi atau membasuh baju tanpa merasa lapar.” Menurut Kerry, dia suka mencicah ‘snek’ ganjilnya dengan sos cili atau mustard.
Kadang-kala dia memakannya dengan mencicah span itu ke dalam minuman teh atau coklat panas.
Dia juga memakan ketulan sabun, tetapi yang berperisa buah organik. Yang menjadi kegemarannya ialah sabun berperisa lemon dan limau nipis.
Kerry berkata: “Saya memberi tumpuan khusus mengenai jenis span dan sabun yang saya makan dan cara saya menyediakannya.
“Jika saya keluar bersiar-siar, saya akan membawa plastik kecil berisi span yang sudah dipotong dan dicampurkan dengan sos tomato atau BBQ. Saya tidak pernah meninggalkan makanan itu.” Ada penghidap pica lain memakan besi, arang, pasir atau kapur. Malah ada yang memakan mentol lampu dan perabot.
Kerana tabiat pemakanannya, Kerry pernah mengalami sakit perut yang teruk dan cirit-birit.
Meskipun dia sudah mengurangkan memakan span, dia gagal untuk menghentikan tabiat itu sama sekali.
Pernah dia memakan lima span sehari bersama-sama sos cili, BBQ, jem dan madu.
“Sos itu akan melembutkan span berkenaan. Begitu juga jika ia dicicah ke dalam minuman panas. Saya akan mengunyahnya sehingga perisanya hilang dan kemudian menelannya.” Menurut jururawat itu, dia mulanya gemar memakan makanan remeh. Tetapi sesuatu peristiwa ganjil berlaku.
“Selepas makan lasagna dan satu bekas ais krim pada satu malam, saya masih lapar.
“Untuk mengalihkan perhatian, saya ambil keputusan untuk membasuh pinggan mangkuk dan mengeluarkan span baru daripada bungkusan. Tiba-tiba datang keinginan untuk memakannya.
“Saya duduk dengan segelas air dan mengunyah span itu hingga habis.
“Ia tidak mempunyai rasa tetapi saya mendapati keseronokan untuk memakannya. Akhirnya, saya tidak lapar lagi dan perut saya rasa puas.
“Selepas itu, saya merasa malu dan takut serta menangis sehingga tertidur. – DM
Agak², perut dia akan rosak tak ? Bahaya tau…. jangan tiru aksi ini di rumah! :-p
Incoming search terms:
- SABUN MENGURUSKAN BADAN (2)
- peliknya manusia sekarang (2)
- cara-cara mengurangkan tabiat makan benda pelik (1)
- papazola boboiboy (1)
- orang makan sabun dan span (1)
- makan kenduri sakit perut (1)
- makan benda pelik? (1)
Share and Enjoy
Entri berkaitan:







tak betul la manusia zaman sekarang ni, lagi benda tu nampak pelik lagi dia nak makan..hehe
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
harap2 kita pun tak terkena penyakit pelik mcm tu kan
Muahaha.Boleh pulak main cicah2 sos cili…adeh
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
enak dan lazat letteww… hik2 :p
owh… memang pelik.. memang x leh nak diterima tekak kita…
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
sgt pelik kan…. takut badan le rosak lak nnti
Twitter: ziefauzi
says:
erkk…boleh pulak macam tu… zie baca artikel ni pun rasa loya…
kalau org pregnant x mustahil la ngidam makan benda pelik2 ni…
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
itulah… klu mengidam tu lain citer juga …
zie, dpt tak emel dr hanie pasal GA tu? zie nak cash ke Inner ?
Twitter: ziefauzi
says:
tak dapat pun.. hantar bila yer… ?? Inner tu zie tak pakai, sebab biasa pakai tudung bawal saja…
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
2 kali dah emel hanie hantor… semalam dan hari ni…
hanie gune emel zie yg ni (agaknye tak aktif kot) ;
zienazfa@gmail.com
ok takpelah,bgtau kat sini jer… so zie pilih cash lah kan… nnti emelkan no.akaun bank ke emel hanie;
admin@ummihanie.com
Twitter: ziefauzi
says:
email tu mmg aktif… ni mesti masuk spam ni.. sat tgk sat….
dah kata dah, masuk spam…
ok,reply skrg jgk… kalau x de kat inbox check spam box naaa…
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
hehe…masuk spam rupenye… sy pun slalu cek spam box
dah cek,tak masuk spam,nak reply ni
Salam ziarah julung kali ke laman ummihanie
semoga senantiasa dalam rahmatNya,
moga tidak ada rakyat di negara kita yang mengamalakan tabiat pemakanan sebegini
Penjelasan Status Zikir Taubat ???? ??? ??????? ????
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
Salam kenalan, selamat dtg ke laman yg tak seberapanya ini ye ad-dien
terima kasih..moga ad-dien juga sentiasa dirahmati…
Twitter: WanJuan85
says:
span tu boleh serap minyak dan kolestrol dalam badan, dan sabun tu boleh mencuci kolestrol dan melicinkan dan melancarkan peredaran darah dalam badan
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
wahahahhaa… alasan yg begitu bernass sekali, juan! :p
entah apa khasiatnya makan sabun n span tu.gila punya manusia.haha..
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
khasiatnye macam yg Juan cakap tu kutu .. terbaekk ~ :p
dah xde benda lain ke nak makan, jururawat pulak yg jadi gitu.
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
jururawat yg dah jemu makan mknn biase kot… haha
Ish ish, banyak lagi benda lain yang boleh dimakan. Hehhe…
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
cube nak buat rekod dunia kot..hik2 :p
Twitter: Puanbeedotcom
says:
dulu ada gak terasa nak makan sbaun tu .. makan gak sikit2 masa ngandung tp tk sedap terus buang ngee~
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
wooo… bee mengidam gitu ek… mcm2 perihal masa mengandung ni kan..tp nama pun mengandung xpe le juge
pelik ttp benar…….
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
yezzaa…
Twitter: titaniumhijau
says:
sabun masak merah. sabun goreng belacan..pehh, macam sedap aje..
Twitter: UmmiHanieDotCom
says:
dah siap masak nnti tayang kat kami taw.. ahakss~