Pelakon dan penyanyi wanita era 80-an Noreen Noor meninggal dunia

AL-Fatihah buat allahyarhamah Noreen Noor.

Salam takziah buat keluarganya.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, akibat komplikasi buah pinggang, 5.50 pagi ini, demikian menurut laporan Harian Metro.

Jenazah dijangka dikebumikan di kampungnya di Kampung Pulai, Serkam, Melaka.

Antara lagu popular Allahyarham ialah Siang Terbayang Malam Merindu yang amat meniti bibir peminat pada zaman 80-an dan sehingga kini.

 Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak dan filem pertama lakonannya, Talak pada 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarhamah meninggalkan dua anak.

-sumber

Anak-anak muda remaja zaman 2000-an rasanya tak berapa kenal dengan arwah Noreen Noor ni. Saya ingat lagi masa kecik², zaman 80-an 90-an dulu ada tertengok lakonan arwah di kaca TV.

p.s: tak berani nak siarkan gambar arwah… yg sudah tu sudahlah… moga arwah dan kita semua diampuni… amin. Fanpage Fb beliau pun akan dipadam tidak lama lagi oleh rakannya.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *