Baru darjah 4 sudah jadi ketua penyamun

 

Astaghfirullah …

 

Menggeleng-geleng kepala saya bila terbaca berita ni . Saban hari makin pelik berita didengar melibatkan semua golongan umur , dan terkini pelajar sekolah rendah yang baru berusia 10 tahun tetapi sudah jadi ketua penyamun .

 

BETONG: Seorang murid tahun empat dipercayai menjadi ketua satu geng pecah rumah dianggotai enam remaja yang memecah masuk rumah sepasang suami isteri dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM5,000.

Budak lelaki itu dan lima rakannya yang berusia antara 12 hingga 14 tahun melakukan kegiatan itu di rumah mangsa di kompleks kediaman kakitangan kerajaan di sini, 17 Oktober lalu, sebelum mereka ditahan polis pada Jumaat dan kelmarin.
Pemilik rumah berkenaan yang berusia 34 tahun membuat laporan polis sebaik menyedari kejadian itu selepas dia dan isterinya pulang bercuti dari Kanowit, kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu.

 

Polis menahan seorang anggota kumpulan terbabit berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam selepas mangsa membuat laporan sebelum lima yang lain ditahan bersama pelbagai barangan kemas keesokannya.
Sumber polis berkata, semua suspek kejadian pecah rumah itu mudah diselesaikan apabila mereka dikesan memakai minyak wangi yang mempunyai bau sama dipercayai yang dicuri dari rumah mangsa. “Kumpulan penyamun cilik itu dipercayai sempat ‘berkelah’ di rumah pasangan terbabit sambil menjamu selera bijirin dan coklat sebelum mencuri pelbagai barangan kemas dan barang berharga,” katanya.

 

Baca lebih lanjut di sini …

 

Pada pendapat saya yang tak berapa pandai ni , budak tu terpengaruh dengan filem-filem yang kurang elok , juga atas dasar ingin mencuba yang amat mendalam . Cuba punya cuba , lama-lama dah kesedapan pulak lalu terus menjadi hobi yang sungguh tidak bermoral. Yang pelik tu , daya kepimpinan tinggi jugak di mana ahli kumpulan penyamun tu semua lebih berusia daripadanya.

 

Ya Allah , kau peliharalah anak-anak kami dari segala pengaruh negatif yang begitu liar menular dewasa ini . amin !

 

p.s : sebut penyamun aje , terus terbayang filem P.Ramlee “Ali Baba & 40 Penyamun” , antara filem fevret saya ;)

 

pic credit to sinemamalaysia.com

 

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *