Paul Walker, Fast Furious & Porsche

Salam dan hi,

Paul Walker  mati telah heboh diperkatakan. Siapa Paul Walker? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Bukan….  Dia seorang aktor Hollywood. Saya kenal dia pun melalui filem aksi drift, Fast and Furious.

 

Paul Walker

Saya minat juga filem Fast Furious dan lakonan mendiang Paul ni.  Tak sempat Fast and Furious 7 ditayangkan, Paul sudah pergi.

 

Dikhabarkan mendiang Paul baru sahaja pulang dari menghadiri majlis amal organisasi naungannya, Reach Out bagi membantu mangsa ribut taufan Haiyan. Kereta Porsche yang dinaikinya gagal dikawal lalu merempuh tiang telefon dan meletup di Los Angeles, California pada 1 Disember 2014.

 

Porsche

Paul walker porsche

Kereta sehebat Porsche pun akan meletup dan tidak menjamin keselamatan nyawa penumpangnya. Ajal dan maut di tangan Allah. takziah buat keluarga Paul Walker.

 

Sumber imej: eonline.com & mynewshub

 

p.s: Umat Islam tidak dibenarkan mengikut-ikut ucapan orang Barat seperti “Rest In Peace” atau singkatannya R.I.P dan yang sewaktu dengannya yang mendoakan keampunan dan keselamatan kerana doa sebegitu hanya dibolehkan untuk orang Islam. Cukup sekadar mengucapkan takziah.

15 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *