Salam bahagia…
Selamat tahun baru 2014!
2013 sudah meninggalkan kita dengan beribu kenangan. Life must go on no matter you are happy or not, healthy or not, wealthy or not. Omakaihh, speaking london makk…
Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana 2014 ini diiringi khabar gembira.
Kami suami isteri sudah dapat surat tawaran pergi menunaikan Haji pada tahun ini jika panjang umur, insyaaAllah. Salah satu sejarah besar dalam diari hidupku.
Al-kisahnya kami daftar haji tidak lama selepas bernikah pada tahun 2002. Memang anggaran tahun yang diberi ketika itu antara 2013 – 2014. Syukurlah janji ditepati. Giliran kami sudah tiba…
Kami ambil pakej Muassasah Tabung Haji sahaja. Memandangkan kali ini dikira kali pertama saya menunaikan Haji, maka saya layak mendapat bantuan dari Tabung Haji sebanyak RM5,575. Banyak tu kan? Jumlah penuhnya RM9,980. Kalau kali kedua dan seterusnya, kena bayar sebanyak RM15,555. So total untuk kami berdua ialah RM25,535, sudah selamat dimasukkan ke dalam akaun TH. Tarikh akhirnya 9 Januari 2014 untuk melengkapkan bayaran. Terima kasih suami… itu pun masih pending status sebab pihak TH akan semak kos terkini. Mudah²an cukuplah kos setakat itu. amin…
Sedikit sebanyak info berkaitan pendeposit Tabung Haji;
Kelayakan Menjadi Pendeposit TH
- Individu beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Pemastautin Tetap
- Simpanan permulaan minima RM2.00 tunai
Kelebihan Menyimpan di TH
-
Berlandaskan syariah Islam
-
Suci
-
Dividen kompetitif
-
Zakat Perniagaan dibayar
-
Dikecualikan cukai
-
Dijamin oleh kerajaan
-
Pengeluaran tanpa had
Info lengkap boleh diperolehi di laman web Portal Tabung Haji.

Kalau ada anak², eloklah sama-sama daftar haji. Katanya giliran nak dapat pergi haji akan datang pada tahun 2053. Ya Allah jauhnya lagi masa. Entah hidup entah tidak. Apa pun, kalian daftar je dulu. Jangan fikir banyak² sebab Haji ni kan salah satu Rukun Islam. Seribu rahmat dapat jejak kaki ke Tanah Haram ni.
Sekarang sudah ada akaun kanak-kanak. Seawal umur 7 tahun boleh daftar. Elok sangatlah dapat mula menabung dalam tu.
Kos pergi haji makin lama makin naik. Pakej TH pun dah berpuluh ribu seorang. Zaman saya kecik² ikut parents pegi Haji tahun 1992 dulu (saya baru darjah 2), belanjanya RM5k saja seorang. Total 3 orang baru Rm15k.
Perasaan nak pergi Haji?
Bercampur baur. Tapi HAPPY tu perasaan nombor satu. Siapa tak seronok nak jadi tetamu Allah? Lebih-lebih lagi pergi berdua dengan suami tercinta… dah boleh kira honeymoon kali kedua kami selepas 12 tahun mendirikan rumahtangga :)
Rinduuuu sekali nak tengok Kaabah secara live selepas kali terakhir pada 22 tahun yang lalu. Masa tu menara jam besar belum wujud lagi. Masih segar di ingatan ni, saat-saat berjalan kaki bersama emak dan abah menyusuri jalan-jalan dan terowong menuju ke Mina.
Masih segar lagi di ingatan ni, kehangatan di padang Arafah, tempat bertemunya semula Adam dan Hawa setelah diturunkan dari syurga dan terpisah. Semuanya kenangan indah belaka.
Di Madinah, kami sempat transit sebentar sahaja. Itu pun saya jatuh demam di sana, jadi tak merasa pergi masuk Raudhah Nabi di Masjid Nabawi. Mak abah saya merasalah…
Suasana/pemandangan sekitar Masjidil Haram tentu dah banyak berubah. Suami saya kata, construction di sana sudah tamat.
Beli barang mainan jangan cakaplah. Balik dari sana, satu beg penuh dengan mainan sahaja. Maklumlah, umur baru 8 tahun. Dahlah anak bongsu, tak ada kawan nak main. So, main dengan toys je lah. :)
Sedih? Adalah sedikit sebab terpaksa tinggalkan chenta² hati yang 6 orang tu… Ya Allah tabahkanlah hatiku.
2-3 bulan sebelum pergi Haji kena sesuaikan baby Muaadz menyusu botol nampak gayanya. Walaupun dia masih fully breastfeeding, inilah pengorbanan yang harus dilakukan. Mudah-mudahan balik Haji nanti, production susu badan masih normal dan meriah. Serahkan urusan ini pada Allah Taala…
Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan… 2014 membawa lebih banyak kejayaan. Amin!
Nama sudah naik. Usah lepaskan peluang ini untuk mengerjakan rukun islam yang ke 5.
ye betul… nak tunggu giliran seterusnya entah bila lagi
tahniah..nama sudah naikk..
terima kasih… doakan pnjgn umur, kesihatan yg baik…
alhamdulillah..tahniah sis..ciktom punya turn lmbt lg..ms reg thn 2007/8 camtu..staff tbh hj bgth umur ciktom 40thn nanti br turn ciktom gi haji dlm waiting list..huhu
terima kasih ciktom.
tak apa, janji dah register ;) ciktom pun muda lagi kan…
doa2lah giliran dipercepatkan
Alhamdulillah dan tahniah. semoga dipermudahkan urusannya nanti.
terima kasih tuan DH. amin ya rabbal aalamin :)
Assalamualaikum, tahniah dpt panggilan haji utk akk.
Saya berminat dengan Ashley Signatunee Sateen Swingpack (F46873) ada lagi tak
Terima kasih izreen.
owh, Ashley Sig Sateen Swingpack tu dah sold out (saya la tu yg ambil :p )
tp klu ASHLEY SCARF PRINT HIPPIE ada
alhamdulillah semoga yang di rancang akan berjalan dengan baik sekali
aminn… syukron suri :)
Tahniah Puan :) Alhamdulillah dah terima jemputan dari Illahazne. Doakan giliran saya dan isteri pula. Tak sabar nak ziarah rumah Allah.
terima kasih encik Firdaus.
saat yang ditunggu2 oleh setiap yg bergelar Muslim/Mu’min.
insyaAllah, giliran encik firdaus dan isteri bakal menyusul. sudah register kan?
Alhamdulillah dah register. Sekarang tunggu duit cukup untuk buat rayuan. Kalau tak, kena tunggu 2036. Hu…
Great site you’ve got here.. It’s difficult to find high-quality writing like
yours nowadays. I really appreciate individuals like you!
Take care!!
Alhamdulillah… bestnya dapat menjadi tetamu Allah…. Semoga apa yang dirancang tu berjalan dengan baik… InsyaAllah…
syukur zie… 12 tahun menunggu. anak dah 6 baru dpt :)
terima kasih, aminn utk doanya