Opah pula pergi buat selamanya

Salam bertemu kembali.

 

Hari Jumaat menjengah kembali. Akan tetapi berbeza dengan Jumaat yang lepas. Jumaat kali ini, Opah tersayang sudah tiada, pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Genap 10 tahun usia perkahwinan kami… Opah sebelah suami sudah seperti Opahku sendiri. Terasa banyak sekali jasa Opah pada saya, pada kami semua.

 

Rindu kat Opah… rindu urutan jari-jemari Opah… lepas saya bersalin anak pertama hingga ketiga, tak sah kalau tak dapat sentuhan tangan arwah opah. Saya selalu kena sakit merengat (rasa sakit di perut macam nak bersalin gitu). Tangan Opahlah yang mengurut perut dan badan saya…. sedap sekali. Teringat lepas bersalinkan anak kedua (si abang Kasyah), encik hasben terus bawa saya ke rumah Opah dari hospital. Saya dan baby tidur dengan opah malam tu. Pantas sungguh masa berlalu… Peristiwa tu dah 7 tahun berlalu… Teringat lagi zaman anak kami baru seorang, kami selalu tidur rumah opah. Arwah tahan kami suruh duduk di situ beberapa hari/malam. Opah layan makan/minum kami. Masakan opah sangatlah sedap walaupun simple… *ayor mata dah nak menitis………. Opah saya sendiri dah hampir 2 tahun pergi. Sekarang kami hanya ada seorang nenek dan seorang atuk saja yang tinggal… nenek sebelah saya, atuk pula sebelah suami.

 

Setelah hampir 3 tahun opah terlantar sakit, akhirnya pada malam Selasa yang lalu (25 Jun ’12 bersamaan 6 Syaaban 1433 H) Opah menghembuskan nafas yang terakhir. Baru saja hari ahad sebelum itu (24 Jun ’12) kami ziarah Opah tapi Opah sudah terlalu uzur, hinggakan nak buka mata pun tak mampu. Sebelum balik, saya sempat berdiri sekejap di sebelah Opah, saya sentuh tangan Opah sedikit, dan opah buka mata sebentar. Sebelum itu, ketika dirawat di Hospital Kampar, Opah masih boleh berkata-kata sambil bergurau senda dengan si kecilku Huzaifah.

 

arwah opah, suami, Huzaifah, Zaid

 

2 beradik @ hospital kampar

 

 

Betullah kan, bila dengar berita orang meninggal ni, bersambut-sambut kan? Baru saja saya bercerita tentang anak sahabat saya yang meninggal dunia akibat ketumbuhan di kepala pada minggu lepas. Dapat juga kami ziarah…

 

Walauapapun, Opah meninggal dunia dengan tanda-tanda yang menyenangkan dan berada di samping keluarga bapa saudara suami. Semoga Syurgalah tempatnya… Amin.

23 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *