Nota akhir tahun 2016

Makanya, lambakan ucapan “Selamat tinggal 2016, Selamat Datang 2017” membanjiri wall Facebook juga entri-entri blog netizens.

Termasuklah empunya diri ini.

Banyak sangat nak dikesahkan ulasan sepanjang tahun ni kan.

Apa pun, kesimpulannya 2016 ini baik-baik saja bagi UH dan keluarga.

 

Sibuk membesarkan anak-anak,

Sibuk menjalankan bisnes sambil belajar-belajar atur strategi dan cara “jual diri” (jangan salah faham!),

Sibuk fikirkan cara terbaik mendidik anak-anak yang makin membesar (yang kecik pun berderet),

 

gambar kanak-kanak di masjid

 

 

Banyaklah kesibukannya. Sampai hobi & angan-angan nak menjahit pun asik tergendala.

Sempatla juga sebelum raya haritu jahit sikit langsir rumah. Panas enjin gitu. Ni dah sejukkk balik. haha

InsyaAllah 2017 nak sambung merempit mesin jahit semula.

Saya minat jahitan langsir. Adala azam nak belajar mahirkan diri.

Jahitan pakaian pun minat juga, tunggu nak beli pola supaya jahitan lebih kemas. Takla main hentam kromo jer.

Sebut pasal jahitan, saya ada la juga background menjahit satu ketika dulu. tapi takla sampai peringkat mahir. Asas tu ada alhamdulillah. >> “pengalaman jahit skirt kembang payung”  <<< klik laaa baca… :D

 

Bab bisnes pula.

Segan nak habaq. Tahun ini baru serius jaga akaun dengan lebih sistematik.

Sebelum ni main catat je serabut mata nengoknya. at least ada la juga catat kan.. hihi. ayat penyedap hati~

InsyaAllah 2017 nak lebih sistematik.

Arini 31 Disember 2016 kan. Semua peniaga mesti buat closing tak gitu.

iolz pun laa… tassabar nak create graf jualan/ graf produk paling banyak sales/ and so on.

banyk keroje tuuu…. huhuhu~

 

…. yang tak bestnya. Bila hujung tahun ni mai la berderet-deret “surat cinta”.

Surat cinta suruh bayar “sewa domain”. uhuhuuuuu la panjang-panjang.

kadang tu sampai nak dekat overdue baru bayor.

sebab tu le kena buat biz molek-molek. nak cpbver bayor itu ini… tak gitu?

 

Ok cukup-cukuplah bebelan UH ni dulu.

Sebenarnya tengah sibuk dengan tugasan #GslVellfire ni.

Doakan kita semua KAYA & BERJAYA bersama ya.

Selamat membuat AZAM baru.

 

Selamat tahun baru 2017.

 

happy new year 2017

pic from Google

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *