Noraniza Idris bakal kahwin dengan Ustaz

Salam bahagia , ceria , sejahtera ….

Alhamdulillah artis etnik kita yang seorang ni bakal memasuki gerbang perkahwinan buat kali ketiga dalam hidupnya … Tahniah Noraniza Idris . Kami tumpang hepi … :)

Saya ni … bab² orang nak nikah kahwin ni saya suke la nak story² sikit … tapi kalo bab cerai-berai , putus² ni malazzz rasanya nak ambik port . Iyelah , kalau dah takde jodoh , takyah la nak dikecoh²kan … Tapi pendapat masing² berbeza …

Katanya , bakal suami baru Kak ani (Noraniza Idris) ni seorang Ustaz di Singapura . Wah , baguslah tu bertemu jodoh dengan seorang ustaz . Semoga rumahtangga kali ini berkekalanlah hendaknya … Amin .

bersama bekas suami pertama , Fareez

“MEMANG tak sangka langsung pada usia 43 tahun saya kembali menjadi tunangan orang. Ingatkan dah tua-tua ini, dah tak laku. Rupa-rupanya ada juga yang berkenankan saya,” kata penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43.

Luahan penyanyi yang lebih mesra disapa Ani itu membawa seribu erti, apatah lagi pada Ramadan ini apabila cintanya bersemi buat kali ketiga dengan duda anak empat, Jeffri Hudi, 52, iaitu ustaz dari Singapura yang berkhidmat sebagai bilal bebas di negaranya.
Bagaimanapun, menurut Noraniza, ketika Jeffri melamarnya, dia diberi tempoh untuk berfikir tetapi tidak melakukannya secara serius kerana dalam hati masih ada keraguan.

“Saya berfikiran negatif ketika itu dan takut untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sekali lagi,” katanya.
Seminggu sebelum berakhirnya tempoh itu, baru Noraniza membuat keputusan dan menyedari dia tidak buat sebarang persiapan untuk bertunang.

Pada mulanya saya hairan juga kenapa dikatakan ini perkahwinan ketiga Kak Ani ? Kemudian barulah saya teringat … selepas Kak Ani berpisah dengan suami pertamanya , Fareez , beliau dikatakan berkahwin dengan seorang yang berpangkat Datuk . Tetapi perkahwinan itu berlaku secara senyap² dan tidak lama kemudian mereka berpisah . Opp , cukup cerita berpisah² ni … i alergik ! heheh ~

Hurm … teringat maza saya dlm zaman sekolah menengah dolu² , Kak Ani ngetop berduet lagu² asli dgn Siti Nurhaliza … antaranya lagu “Hati Kama ” . Best lagu tu … boleh bikin orang  terjoget² bersama  …. ahaks ~

Incoming search terms:

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *