Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Nenek bertanduk di dahi

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Nenek bertanduk di dahi

LINLOU, China – Seorang nenek berumur 101 tahun, Zhang Ruifang mempunyai tanduk di dahi kirinya yang semakin panjang, lapor sebuah akhbar semalam.

Ruifang memiliki tanduk sepanjang 6.1 sentimeter seperti yang terdapat pada kambing sejak tahun lalu.

Apa yang lebih pelik lagi ialah terdapat tanda-tanda bahawa satu lagi tanduk akan muncul di dahi kanannya.

nenek bertanduk
hampir sukar nak percaya !!!

Seorang anak bongsu lelakinya, Zhang Guozheng, 60, berkata, terdapat satu tompokan di dahi ibunya pada tahun lalu sebelum tanduk itu muncul.

“Kini terdapat satu lagi tompokan di dahi kanannya. Pastinya ia satu lagi tanduk,” katanya.

Nenek itu mempunyai enam anak dan anaknya yang tua berumur 82 tahun.

Walaupun setakat ini benda yang tersembul keluar dari dahi Ruifang tidak diketahui tetapi ia mirip tanduk.

Tanduk itu dipercayai dihasilkan daripada keratin iaitu bahan protein yang terdapat pada kuku, tanduk, sisik dan lapisan luar kulit.

– Agensi

————————————————————————————————————-

Apa komen kalian ?

Frankly says , pertama kali saya tengok gambar tanduk nenek tu terusss saya relatekan dengan set**. Astaghfirullahalazim …………………….  * tak baik kau ! *

Pelik kan ? Rupa ‘tumbuhan’ tu sebijik macam tanduk. Katanya dihasilkan dari keratin. Dan, dalam banyak2 tempat, kat situ (dahi) jugak tumbuhnya. Tak ada pulak nenek tu atau anak2nya nak try potong ke, ape ke. Redha je gamaknya. Astaghfirullah… Ini semua tanda2 kekuasaan Allah Taala. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya.

 

14 Responses

  1. Wanita Itu says:

    >takutnyer..

  2. Nida says:

    >Salam Ummi..Ish… takutnya Nida lihat… mintak2 dijauhkanlah benda tu terjadi pada kita… nau'zubillah

  3. Ibuhani says:

    >agaknya nenek ni terlebih protein dlm badan kot……. :)

  4. Ummi Hanie says:

    >Nida : nauzubillah…den pun takutttibuhani : ahaha..maybe ler kak ani…mintak simpang ler…

  5. Ummi Hanie says:

    >wanita … tutop mate…

  6. uMMiIRa says:

    >nauzubillah…minta2 dijauhkan…amin…

  7. hans says:

    >kesian nenek tup/s : Jangan lupa join contest Tulis Dan Menang – RM250 untuk dimenangi dekat Entry Sticky Mode dekat blog aku

  8. TK says:

    >Terkejut saya tgok pasal nenek ni..Itu mmg betul2 tanduk bukan ketumbuhan biasa. Di negeri China penduduknya ramai and slalu berlaku bende2 pelek..

  9. Ummi Hanie says:

    >ummiira : amin…tamau tandukk..huuhans : keciann..mujur le dah jadi nenekk..sis dah jenguk blog kamu tadi..menarik gak..

  10. Ummi Hanie says:

    >TK : yer…betul2 punya tanduk…menakutkan kan ??

  11. >Subhanallah…mmg di China byk yg ganjil dan pelik.Tapi tu semua tak pelik sebab Allah yg Ciptakan kn?

  12. kataganti says:

    >Masyallah. marilah kita ambil iktibar. Takutlah dengan Allah. Apa yang Allah suruh kita buat, apa yang Allah larang kita tinggalkan.

  13. Ummi Hanie says:

    >UAS : yuppp UAS…semua tu ciptaan allah , pasti dan pasti adehikmahnya yg trsendiri…kataganti : u r definitely rite

  14. Sop says:

    setiap kejadian adalah ciptaanNya :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *