Nasi goreng ummi – lanjutan

nasi goreng ummi

 

Burp… alhamdulillah kenyang makan nasi goreng ummi. Simple saja nasi gorengnya. Sekadar ada ikan bilis, telur dan cubitan garam saja. Kelmarin masak cucur ummi. Sold out jugak. Puaslah bagi family makan apa yang mereka suka kan… ;)

Nasi goreng ummi… saja suka-suki bagi nama je kan :p

nasi goreng ummi

a plate of my home-made simple fried rice

 

Lepas makan, bakar kalori sikit dengan mengemop lantai rumah. Lama juga tak mengemop ni. Opsss…. selalu tu lap² je mana yang patut, hari ni dapatlah mengemop satu rumah. Best betul pakai Kiwi Kleen Floor Cleaner yg ada fungsi antibakteria tu. Sangat wangi pulak tu macam aromaterapi plak. Macam ni bo0lehlah kerap² mengemop ;)

Cerita pasal nasi goreng semula. Ada satu hari ni terduduk depan TV, layanlah satu program masak² bersama selebriti ni. Siapa dia, tak perlulah saya mention takut mengaibkan pula. Selebriti ni masak nasi goreng cendawan. Tersilap teknik pula, dia pegi masukkan air tanpa disedari kesilapannya iteww… hohoho. Saya tengok terus dah perasan kesilapan dia tu. And then bila tiba sesi chef merasa makanan yg dimasak selebriti tu, chef tu pun tegur kesilapan selebriti tu tadi, yakni memasukkan air dalam ramuan nasi goreng. Kwang kwang kwang…. bukanlah saya nak mengejek ye… dolu² masa baru² blaja masak pun pernah gak masukkan air sikit dalam ramuan nasi goreng! Hahahah ~

Korang pulak… apa pengalaman melucukan masa mula² masuk dapo dolu²? Mesti ada kan… kalau tak melucukan pun, pengalaman yang tak dapat dilupakanlah… eh macam segmen le pulok :p

Nak menang hadiah dari Moscow? Jom join

Incoming search terms:

30 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *