Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Muzium Berhantu

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Muzium Berhantu

Kenangan pergi ‘muzium berhantu‘ 3 tahun sudah masih tidak dapat dilupakan. Balik saja ke homestay, Zaid yang ketika itu baru berusia 2-3 bulan asyik menangis tak berhenti². Balik ke rumah Atuk Opah pun masih menangis melalak², tidak seperti normal sampai jiran sebelah yang prihatin hantar air penawar untuk disapukan pada Zaid.

Kenapa saya kata muzium tu berhantu? Muzium yang saya maksudkan ialah Muzium Kuala Terengganu. Baca entri; ” Akibat bertandang ke ‘Istana Kayangan’ “. Eh, orang Terengganu jangan marah pulak ye. Baca dulu entri tu… baru faham… ;) Adik ipar saya yang duduk ‘sejengkal’ dengan Muzium tu pun tak pernah jejak ke situ sebab takut jadi macam kes Zaid ni lah gamaknya. Tengok rupa bangunannya dari luar pun sedikit menyeramkan…. maklumlah, istana lama…. sungguh klasik, tapi sangat cantik ;)

Kali ini masih berkisar kisah percutian kami di Bukit Bendera. Hari terakhir, yakni hari keempat, sebelum balik ke rumah kami meneroka Bukit Bendera dan di situ ada tarikan baru iaitu Muzium ‘Berhantu’ juga. Tapi jangan risau, ‘hantu’nya comel² belaka… Owl Museum atau Muzium Burung Hantu lahh….

owl museum

 owl museum

Sebelum masuk muzium, buaian berbentuk kepala burung hantu ni menarik perhatian….

owl museum

Laluan masuk ke muzium…. cantik ~ Bayaran: Orang dewasa sahaja dikenakan bayaran iaitu sebanyak RM10 seorang. Kanak² masuk PERCUMA. Bagus kannn…. ;)

owl museum

Gerammm tengok hiasan² berasaskan burung hantu ni… cumil²!

owl museum_2

Si Kakak yang setia membantu menjaga si adik

owl museum

Lampu tu cantik, tak tahu diperbuat daripada apa…

owl museum

Pokok ini juga menarik perhatian saya…. so sweet…

owl museum

Cepatt… cepatt… sapa mau menang iPad… ;)

owl museumTiba sudah di kedai cenderamata….. gerrammmm…. tapi tak sambar apa pungg….

cuci mata jerr….

owl museum

Tengoklah tu…. ala ala tomeinyaaaa….

owl museum

Sabar jeee tengok kecomelan bag handphone ni

owl museum

candid gambar cik Abang yang baru berkhatan tu… :p

owl museum

owl museum

owl museum

owl museum

gerai jualan

Keluar dari muzium, ‘diuji’ pula dengan gerai jualan cenderamata…

fridge magnet

Menggila tengok fridge magnets ni. Apa lagi, memborong laaa…. *sebahagian dari mini gift contest

Incoming search terms:

 

16 Responses

  1. nza says:

    masa p penang hr tu p jugak bukit bendera nie…akak smpt masuk kt dlm n terus ke gerai n restaurant utk beli souvineer ttp xprasa lak ada muzium burung hantu….huhuhu…..rugi lak rasa.

  2. Ladfe Amir says:

    barang2 semua berasaskan burung hantu nampaknya. satu niche yg bagus

  3. titan says:

    wahh..ada juga muzium burung hantu ye..

  4. Ummi Hanie says:

    giler nengok pastu termimipi2 kannnn…. hiksss ~

  5. zie fauzi says:

    last pergi bukit bendera time alya dlm perut lg…nti nak ajak abah depa pi la… keretapi yg baru tu pun xmerasa naik lg

  6. kami jenis yg suka pergi muzium. cuma tak pernah pulak anak2 ‘terkena’ sampuk. kalau skrg ada baby ni rasanya tak pergila mana2 muzium.

  7. puan kutu says:

    tmpt2 lama cmtu mmg ada seramnya..itu kita tak boleh nak sangkal..

    dah lama tak jalan2 png wpun rumah sejengkal je ngan png nie. br je tahu kt png tu ada muzium burung hantu.hehe

    kutu klu anak kecik2 malas sikit nak jalan2, penat sikit kan..walhal anak baru nak msuk dua. hanie relax je.hiks..

    • Ummi Hanie says:

      ada pengalaman seram ke kutu? ce citer, ce citer…. (hanie ni mmg suke dengor citer seramm)

      muzim burum antu ni masih baru je kutu… mungkin sama baru dgn keretapi yg gantikan kereta kabel tu kot

      mmg letihh bawak anak2 kecik ni kutu… tp kena siap sedia la ‘peluru’ apa yg patut… kena gerak laju2 sikit sebelum bateri depa lemah… hehe… esh hanie xdele relax pun, kuat emosi juga kalo anak2 meragam… hehehh

  8. akubiomed says:

    Muzium berkaitan burung hantu. Sama seperti di Melaka ada Taman Buaya.

    • Ummi Hanie says:

      kami tak sempat lagi jejak taman buaya di melaka… baru2 ni kami ke melaka (entry pun belum karang), tp agak suntuk, tapi ! merasa jugak satu benda hot di sana… jeng3x…. tungguuu…. next entry in’Allah ;)

  9. cik tom says:

    ciktom org tganu..xmarah pun..ciktom suka je pergi..tp biasalah dah namanya muzium..byk barang2 lama yg ada penunggunya…tue yg xleh sebarang amik gmbr dan pegang brg dlm muzium :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *