Musim anak-anak tidak sihat

Salam wbt,

Parents mesti perasan kan yang sekarang ni musim anak² tidak sihat. Rata² tengok anak orang lain pun demam + batuk + selsema. Apakah faktor penyebabnya ya? Cuaca yang terlampau panas membahang mungkin?

Sejak 2 minggu yang lepas. anak² saya demam silih berganti. Lepas seorang, seorang. Disusuli pula dengan batuk + selsema. Stok Dr. Sneez pun dah hampir habis ni. Dan banyak juga emel bertanyakan krim ‘ajaib’ tersebut untuk anak² mereka. Kena borong lagi ni nampak gayanya.

credit pic: http://www.matyshp.com/

So bila anak² dalam keadaan begini, kena arahkan depa minum air masak lebih sedikit untuk membuang panas, terutama bila demam. Rajin² tuam kepala dengan kain lembap atau air asam jawa. Tak pun, beli je koyok demam tampal di dahi tu. Kami dah beli buat stok. Kot² panas sangat, tempek je kat dahi cepat². Ubat masuk punggung pun simpan lebih sikit. Biasanya ubat jenis ni kami guna pada baby² je. Yang anak dah besar² sikit ni depa macam dah malu sikit….

Kalau anak² batuk berpanjangan pula, jangan dibiarkan. Bawa pergi check up di klinik kerana takut² ada simptom penyakit Tibi.

Begitulah adat membesarkan anak² ye. Ada masa sihat ceria, ada masanya tidak sihat, kurang ceria. sedih je bila tengok mereka asyik terbaring, tidak aktif seperti biasa. Tapi kalau terlebih aktif, kita pula yang pening kepala. Hahaha~ Anak² memang penyeri kehidupan sebuah keluarga.

p.s: saya pun dah masuk 3 hari berturut² berulang ke klinik ni. tapi bukan sebab demam atau sakit apa²… jeng3x… tungguuu…. ~

33 comments

  • itu la aiman pun batuk2 skang..mmg musim anak tak sihat ekk?

  • rumah baru tp lama beb… hoho ~

    musim kan selsema ni. meh try dr sneez kat dakEpal ;)

  • semoga satu keluarga cepat sembuh. macam bakal tambah ahli keluarga je…tahniah.

  • Alahaiii…. Kesiannye….. Tapi mmg tengah musim…. Anak2 awok pun selsema sekaghang ni…. Bebudak cepat dijangkiti kalo ade soghang kene dulu…… Errrrr…… Ade isi lagi ke cik UmmiHanie???

    • mmg musim tak menentu kan yeop D… apa nak buat… redho je ler.. mmg kalo sorang dah kena, berjangkit2 yg lain

      isi lagi? tunggu je le beritanya ye ;)

  • memang cuaca sekarang menyumbang kepada kesihatan anak-anak kecil dan dewasa.
    kena lindungi mereka daripada panas melampau.
    tahniah kerana bakal tambah ahli keluarga :)

  • Bagus parents begini.

    Ini baru amanah terlaksana terhadap anak kiriman Allah. :)

    Asyrof kat Mesir ni sekarang Musim Panas.

    2 – 3 hari lepas panas sangat. Itu sebab sampai Asyrof komen artikel ni masih lagi batuk + selsema + sakit tekak.

    Nak tahu Cikpuan berapa darjah musim panas Mesir?

    Panas 2 – 3hari lepas 45 darjah selsius. SubhanAllah … Ya Allah … panas …

    Hanya Allah saja yang tahu perasaan orang Malaysia kat sini. hahah ..

  • CutiMalaysia

    Kesian tengok budak-budak melepek tak sihat. Cuba try bagi air zam-zam, selawat dan bagi anak minum. Insha Allah.

  • bukan takat anak anak..
    kalau duk KL orang macam kita punleh demam kerana bahang panasnya..

    #terasa mcm nak balik ganu balik… panas sgt kat kl

  • eerr.. lihat adek kecil, semoga selalu diberi kesehatan

    blogwalking

  • semoga lekas sembuh dek..

    kak.. saya singgah sini, membalas kunjungan :)
    blogwalking ^_^ was here, support :) .

  • syamila

    mmg musim kan…sikecil husna pun baru je baik demam…tp selsema masih lagi tk hilang sepenuhnya…

  • CutiMalaysia

    Lagi satu saya sarankan parents sentiasa standby air zam zam, penyembuh universal. Bagi anak minum sambil diniatkan utk bagi baik demam batuk etc.

    • terima kasih atas nasihat CutiMalaysia…

      skrg ni ada air Anugerah namanya kan? sy pernah try.. ada campuran air zam2 x silap sy, dan ada bacaan al Quran

  • memang merisaukan bila anak2 tak sihat nih…

  • Kalau seorang demam dan selsema. Yang lain turut dijangkiti. Sebagai ibubapa kita akan berasa susah hati apabila anak tidak sihat.

  • MysDear

    assalamualaikum hanie..

    musim ni memang musim demam.anak-anak akak pun baru baik demam.

    Selalu bila musim demam gini, akak selalu elak anak2 minum air ais, benda2 sejuk dsb.Kalau nuha kena selsema, akak mandi setakat badan dia jer, kepala dan rambut akak tak basahkan.Tapi dari kecil lagi, nuha memang akak mandikan dia lambat time pagi supaya tak mudah kena selsema mcm akak2 dan abg dia dulu.Dulu2 kerja kan…sekarang dah tak kerja senang sendiri nak pantau anak2.Sampai sekarang pun nuha masih mandi air suam.Jika salah seorang demam, akak kuarantin kan dengan suh dia guna mask.Stok mask akak beli banyak kat Mydin.Even air dalam cawan, sudu , air pun akak tak suruh berkongsi.Yang penting, bila anak dah mcm nak selsema dan demam tu cepat2 bawak klinik.Supaya tak melarat.Kalau dah melarat 2 minggu selsema tu x baik2, kena alert.Takut jangkitan kuman pada paru2.
    Tak pe kan, kita usaha nak cegahkan dan elak, yang selebihnya kita serah pada Allah swt :) semoga anak2 hanie cepat sembuh dan sihat sentiasa.

  • Moga cepat sembuh anak2 nis tu ye .. bee nasib baik .. anak2 berjemur panas 3 hari berturut2 tp semua sihat , allhamdulliah ., cuma kulit je kena shnburn , aktif. Mcm biasa , agak sbb duk rumah , tk sekolah jd tk streess dgn panas ni .. diorang memang suka mandi .. he2

    • alhmdllh ye bee… nasib2 juge kan…

      samelaa ank2 nis pun, kalau jenjalan mesti nak aktiviti mandi manda. siap dah beli baju renang sorang sepasang ;)

  • hahahaaaa… time kasih Zida dear… rezeki… :)

    tu lah, baca kat blog Asyrof, suhu mencecah 45 darjah… masyaAllah… pingsannn

    semoga berjaya dlm exam ye Zida :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *