Mumia moden di London

Salam bertemu kembali.

Macam-macam ragam manusia dalam dunia ni ye.Ada ragam yang pelik,ada ragam yang mengerikan… Baru-baru ini di kota London,seorang pemandu teksi yang meninggal dunia diawetkan dan dijadikan mumia moden ala-ala mumia di Mesir .

Baca berita lanjut tentang Mumia Moden di kota London ;

BULAN lalu, seorang pemandu teksi di kota London yang sudah meninggal dunia akibat kanser paru-paru, Januari lalu, menjadi tumpuan ramai selepas hasratnya menjadi mumia, dizahirkan sekumpulan saintis mengikut cara purba atau kuno Mesir.

Malah laporan nasib Alan Billis, 61, mendapat liputan meluas media massa sehinggakan dokumentari proses penghasilan mumia moden yang disiarkan di sebuah stesen Britain, mendapat sambutan hangat.
Billis diawet menggunakan teknik mayat Firaun Raja Tutankhamun yang melalui proses itu selepas kematiannya pada 1323 Sebelum Masihi (SM), sekali gus menjadikannya lelaki pertama melalui proses sama selepas tempoh kira-kira 3,000 tahun lalu.
Atau ringkasnya, ia menjadikan Billis mumia moden atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Tuten-Alan.’

Isterinya, Jan, mengakui tidak terkejut dengan hasrat Billis untuk membenarkan dirinya menjalani proses awet itu. Ia adalah impian Billis selepas membaca iklan pencarian sukarelawan yang sanggup mendermakan mayatnya untuk diawet bagi tujuan penyelidikan.

“Sebaik membaca iklan itu, dia terus memutuskan untuk menderma badannya selepas mati. Baginya, selagi tiada pihak yang sanggup tampil demi penyelidikan, selagi itu misteri dunia sains sukar difahami.

“Kami memberi sepenuh sokongan kerana itulah keinginannya,” kata Jan yang dipetik media Britain, barubaru ini.
Ternyata, ia bukan sekadar menyempurnakan impian Billis, tetapi turut melengkapi hasrat 19 tahun saintis terbabit, Dr Stephen Buckley, yang mahu merungkai antara misteri mumia Mesir.

Buckley yang juga ahli kimia arkeologi dan felo penyelidik Universiti York, Britain, bersama pasukannya melakukan proses itu sebaik kematian Billis awal tahun ini dengan setiap langkahnya dirakam kamera rancangan dokumentari. Antaranya, proses mengelak mayatnya reput dengan organ dalamannya iaitu hati, perut, usus dan paru-paru dikeluarkan dari bahagian kiri badan – menyamai proses Mesir kuno.

Organnya itu dimasukkan dalam bekas khas manakala bahagian dalam badan itu dibersihkan dengan alkohol serta disumbat dengan bungkusan kecil linen. Tubuhnya dibiarkan kering dan disapu minyak bijan dan cecair khas sebelum direndam sebulan.

Proses berikutnya membabitkan penggunaan garam dan badannya dibiarkan kering di ruang khas dengan suhu tertentu. Hanya selepas sebulan mayat diletakkan di Pusat Perubatan di Sheffield, dibalut kain.

Biarpun kejayaan eksperimen itu disambut pujian, tidak kurang yang mempertikaikannya.

 

gambar sekadar hiasan ...kredit : FreakingNews

 

Benarkah Billis lelaki pertama dalam dunia moden yang diawet mengikut cara Mesir purba itu? Ada sesetengah pihak mendakwa pengawetan mayat mengikut cara Mesir purba itu pernah dipraktikkan beberapa pihak lain walaupun tiada bukti mengenainya didedahkan.

Namun, pengawetan menggunakan kaedah lain serta penggunaan bahan kimia menyerupai teknik yang dipraktikkan dalam proses mumia mayat pada zaman Mesir purba banyak dilakukan, malah di sesetengah negara ada perkhidmatan mengawet yang dilesenkan.

Proses mengawet mayat zaman moden menggunakan bahan baru, peralatan dan teknologi moden bagi memudahkan proses berkenaan selain menjimatkan masa. Mumia moden yang biarpun menggunakan kaedah Mesir kuno, tetapi bahan kimia dan kaedah lain atau dengan kata lain diawet dan biasanya rupanya akan kekal tetapi dikhuatiri boleh terhakis jika tanpa pemeliharaan dan pemulihan berterusan.

Mumia ini biasanya dihasil menggunakan bahan tertentu atau diawetkan dengan mengekalkan ciri fizikalnya.

Namun, sesetengah mumia terhasil secara semula jadi akibat proses kejadian alam seperti penyejukan, pembekuan, pemanasan dan pengeringan.

Dalam kedua-dua kes, mayat selepas kematian, tidak reput dan menjadi rangka dan kulit (atau bulu) terus terpelihara.

Malah, fosil (seperti fosil dinosaur) tisu lembut dan organ-organ dalaman badan kekal tidak tercemar (walaupun ada yang sudah menjadi batu) boleh dianggap sebagai mumia.

-Kredit

 

Ada yang teringin nak jadi mumia jugak ke? Hisshhh … idok ler teman … (loghat Perak ni.. :p ) terseksa mayat dibuatnyer.

Incoming search terms:

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *