Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

MPV , kami dan Kota Singa (Singapore)

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

MPV , kami dan Kota Singa (Singapore)

Salam penuh keceriaan semua ! Idup mesti ceria selalu ok …. :)

Ouh , letih ‘berjalan’ tak hilang lagi . Belum sampai 24 jam kami pulang dari Kota Singa a.k.a. Singapore . Cik abang lagi kesian , kena pergi kerja juga walaupun letih selepas lebih kurang  10 jam memandu . Anak (si Kakak) nampak steady jer … bebudak kan … banyak energy . Tak macam orang2 tua depa ni , lenguh sana sini , mengantuk … :p

Kome pernah sampai sana ke ? Kami ke sana pun sebab ada sedara mara lagi , especially nenek . Dan seperti biasa kami menginap di rumah makcik kami yang baru 5 bulan kematian suami (boleh baca entri berkaitan arwah di sini) . Pergi hari Jumaat , bertolak balik hari Ahad . Sekejap saja . Yalah , tak nak lah bebankn makcik saya tu lama-lama kan … dan kami sekeluarga juga pergi bersama-sama parents saya … maka penuhlah MPV kami . Syukur alhamdulillah dengan kehadiran wishlist terbesar kami setelah bertahun-tahun membuat pengiraan …. walaupun sekadar MPV second-hand saja , tapi memadailah bagi kami . Asalkan masih berkeadaan baik , cukuplah . ;)

Shopping @ Singapore ? Oh no no no …. bukan tempatnye okeh …. perbezaan matawang lebih 2 kali ganda , mau pengsan shopping2 di sana ! Depa mari shopping sakan di Malaysia tu ade lah . Kalau zaman mak saya muda2 dulu , semasa matawang Malaysia dan Singapore masih sama , memang possible dan syiok bershopping di sana . Zaman saya ni tak merasalah …. setakat nak beli aiskrim sebatang dua bolehlah …. itu pun Opah bebudak ni yang belanja … tihihi !

2 hari di sana (tak termasuk hari balik) , memang kami tak ke mana-mana . Suntuk sungguh masa . Sekadar memenuhi jemputan kenduri potong jambul anak kepada sepupu saya saja . Itu pun tak jauh dari kediaman makcik saya (rumah yang kami tumpang) .

Oh ya , bila tiba di rumah makcik saya tu , memang akan terkenanglah arwah pakcik tu . Rasa sedikit janggal dengan ketiadaannya . Biasanya pakcik saya tu akan rancak bersembang dengan encik somi . Encik somi pula memang pandai melayan orang tua bersembang . Jenis peramah . Tak macam saya ni … jenis yang agak pendiam sikit . Bukan menyombong , tapi memang dilahirkan begitu . Agak pemalu nak memulakan perbualan dan sebagainya . :p

Maaflah entri ni tak diselitkan gambar segala . Kalut rasanya nak snap2 gambar bagai . Lagipun kami bukannya pergi melawat tempat2 menarik atau bersejarah pun …. ;) Takpelah saya selitkan jugak pics lama masa last trip kami ke S’pore by flight (AirAsia) … percutian bajet … masa ni nak Raya … arwah pakcik pun masih ada .

Kakak & Abang ….

Kakak kecik , Munirah @ Onie ~

Zaid berlegar-legar di ruangan menunggu ….

InsyaAllah ada kelapangan nati saya akan kongsikan TIPS-TIPS untuk percutian + penerbangan bajet . Mau tak ? ;)

Incoming search terms:

 

9 Responses

  1. ctN honey says:

    ada saudara di singapura ye….ct pun ada,tapi tak pernah pegi rmh dia,sbb bila hari raya berkumpul dijohor aje rmh adik ayah,
    ctN honey ada entri terbaru… jom baca Perhatian!! untuk pengguna blogspotMy Profile

  2. nza says:

    wah, blk kg nenek ye…mesti seonokkan….

  3. kakyong says:

    ic.. hjg minggu balik ke S’pore rupanya..

    apa khabar nenek hanie..?

    kakyong nak suggest sikit utk hanie.. buleh tak letakkan widget rencent n3 kat bhg atas sekali sidebar.. senang nak baca n3 terbaru.. sbb skrg ni tercari2 link.. so end up harus refresh page.. agak menyusahkan…

    lagipun slps tinggalkan komen, masih tak dpt cari link utk n3 yg lalu @ yg terbaru…
    kakyong ada entri terbaru… jom baca Dirgahayu Tuanku Sultan Azlan ShahMy Profile

  4. My Homepage says:

    … [Trackback]…

    […] Informations on that Topic: ummihanie.com/mpv-kami-dan-kota-singa-singapore/ […]…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *