Mini croissant dari roti pratha frozen & inti daging homemade

mini croissant home made

Lama tak share entri resepi & masak-masak kan uolzz…

Last hari tu share entri Mee Rebus Singapore homemade.

Assalamualaikum.

Teruja betul nak buat mini croissant lepas baca resepi sorang akak di facebook. Saya dah save siap2 post dia, bila2 free baca semula dan cuba memasak.

Maka inilah hasilnyer….

Adoidoiii maluuuu sebenonye… comot-comot jer.

 

Tapi…. serius sedap !

Frozen pratha chilli cap Kawan. First time pun beli…
mini croissant home made

 

Cara-cara memasaknya mudaaah saja…

  1. Roti pratha frozen yang bulat tu dinyahbekukan, kemudian dipotong lapan macam pizza tu.
  2. Dah tu sendukkan inti daging, agak-agak muat elok untuk dilipat.
  3. Masukkan dalam ketuhar/Oven selama lebih kurang 5 minit dengan suhu 180 darjah (ikut kesesuaian oven masing-masing).
  4. Siap dibakar. Makan panas-panas memang heaven !

 

Tengok tu lipatan saya ada 2 jenis. Ikut suka je lantak pi lah…. janji sedappp di tekak. Haha ~

 

ps: resepi inti daging… kemudian insyaAllah ~

13 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *