Minggu yang sukar …

Adat hidup di dunia ni kan … sekejap senang , sekejap susah . Sekejap bahagia , sekejap derita. Tapi encik hasben selalu sebuat kata² ni ; “Dunia ni tak ada yang susahnya nak dibandingkan dengan masalah yg lebih besar lagi hebat selepas mati nanti” . Betul jugak tu,saya pun pernah dengar … masalah di dunia ni , sesusah² masalah jika nak dibandingkan dgn sekecil² masalah ‘di sana’ nanti memang tiada taranya . Oh ~

Panjang pula intro berbaur dakwah itu kan … iyelah , kita hidup ni kena saling ingat mengingati…betul tak ? Ok berbalik pada tajuk asal. Minggu ni adalah minggu sukar bagi saya dan family,tapi saya terasa lebih sikitlah sebabnya hampir semuanya jatuh sakit , syukur saya masih sihat – akan tetapi terasa sedikit berat bahu memikul kerana encik hasben pun demam + flu.

Saya rasa … ini gara² mandi-manda di sini ;

Sapa sini orang utagha , habaq mai kat ceq …. apa nama tempat ni ? Hah keluaq loghat utagha dah naaa … :p

Inilah air terjun Sedim di Kulim, Kedah. Kami dok follow encik hasben join reunion ROTU USM beliau dgn kengkawan … mandi-manda , bbq, berborak², makan² lahh … mmg best tapi …. ‘bayaran’nya ialah …. DEMAM + FLU … huhuhu ~

Tak sampai hati nak snap gambo bebudak tak sihat ni . Cuma saya , baby Huzaifah dan Abg Kasyah jer ‘terselamat’ .

Namakan single terbaru dari Yuna 

pic kidnap dr FB member incik hasben …. agagaga ~

Nampak family kami ? tgh mkn rambutan,manggis,langsat tu sementar tunggu bbq siap .. yum ~

So …. 3 daripada 5 orang kanak² ni asik terbaring aje … batuk pun berbunyi “kong-kong” gitu . Mak saya kata panas dalam badan.Bila dah batuk,mulalah nak muntah.Tengah malam pun terjaga sebab badan panas dan shaking.

Dugaan … O Allah , berilah daku kekuatan !

Incoming search terms:

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *