Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Mimpi anak yang telah meninggal datang dengan berjubah putih

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Mimpi anak yang telah meninggal datang dengan berjubah putih

 

Salam bahagia dan Assalamualaikum .

Semalam agak suntuk untuk saya membuat sebarang posting , mood pun kureng . Oleh itu malam saya tidur awal , hasilnya taklah pening-pening kepala dan lesu yang melampau bila bangun pagi . ;) Alhamdulillah .

 

Oh ya . Saya memang ketinggalan buat liputan tentang tragedi tanah runtuh rumah/madrasah anak-anak yatim di Hulu Langat tu . Tapi bukan bermakna saya tak alert langsung dengan itu . So saya bukan nak buat liputan basi tapi ini berdasarkan apa yang saya baca dalam akbar Metro semalam . Bukan copy & paste dari laman web berita online ;) .

 

 

 

Salah seorang ibu kepada mangsa tragedi tanah runtuh menceritakan mimpinya kepada wartawan . Katanya , anaknya yang terkorban dalam tanah runtuh tersebut muncul dalam mimpinya , lengkap dengan berjubah putih . Arwah senyum dan memeluk ibunya . Tentu tenang sedikit hati ibu tu kan ? Katanya lagi , arwah suaminya memang berpesan supaya anak itu dimasukkan ke madrasah untuk mendalami ilmu agama dan menjadi hafiz al-Quran . Semoga impian si ayah itu terlaksana sudah …

 

Nampaknya bukan saja-saja saya terbitkan entri “16 Tanda Kematian Yang Baik” . Rupa-rupanya ada kaitan dengan tragedi ini …. Salah satu tanda Husnul Khotimah (Penamat yang Baik) ialah ; Mati tertimpa runtuhan / tanah .

 

 

InsyaAllah , ganjaran mati syahid untuk mereka semua mangsa-mangsa tragedi . Sudahlah mati di usia muda , tinggal pula dalam suasana yang baik (madrasah) . Mungkin ada yang belum akil baligh lagi dan banyak pula membuat amalan baik (mengaji al-Quran hampir sepanjang masa) . Inilah kematian yang patut dicemburui . Iyelah , kita ni nak hidup lama mana kan ? Sudahnya tentulah akan berakhir dengan kematian … Semoga Allah juga masukkan kita dalam golongan Husnul Khotimah . Amin !

 

Saya ni pulak , baru tahu/terpikir yang bukan semua anak yatim tu tiada salah seorang ibu/ayah lagi . Asik ingat mereka ni anak yatim piatu jer . Salah anggapan rupanya …. huhuuu . Memang di kalangan mereka ni ada yang yatim piatu (kedua ibubapa sudah tiada) dan ada juga yang yatim sahaja (salah seorang , samada ibu @ bapa yang tiada) . Contohnya macam si ibu yang mimpikan arwah anaknya ni .

 

Di sini ada sedikit gambar tragedi buat renungan bersama ;

 

salah satu gambar yang paling menyayat hati ...

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar terakhir ni …. memang sejuk hati sungguh menatapnya ! Tambah lagi lebai-lebai yang cilik-cilik tu …. geram ! :)InsyaAllah , ada juga azam nak jadikan salah seorang (kalau mampu semua) anak lelakiku menjadi seperti mereka ini . Bekalan anak soleh :)

 

Diharap , projek membina rumah anak yatim yang baru akan segera dilaksanakan seperti kata-kata PM kita Dato’ Seri Mohd Najib . Lokasi sekarang memang tidak selamat lagi untuk jangka masa panjang . Jangan dibiarkan pisang berbuah dua kali .

Incoming search terms:

 

15 Responses

  1. mrs.yie says:

    sedih baca entri ummie yg ni……..kejadian tu sangat menyayat hati lebih2 lagi apabila melibatkan anak2 yatim……
    mrs.yie ada entri terbaru… jom baca PUDING BERKUAHMy Profile

  2. joegrimjow says:

    baca metro abg tgok adik tertimbus depan mata
    sighh]

    Jom join contest senang ni, menang sehingga RM500 =)
    joegrimjow ada entri terbaru… jom baca Gambar dan Video – US diserang tornado lagi!My Profile

  3. zuwaidah says:

    sedih baca entry ni, moga2 mereka ditempatkan bersama mereka yang beriman. alfatihah buat mereka semua
    zuwaidah ada entri terbaru… jom baca Next MovieMy Profile

  4. ciksembang says:

    hanie..akk pun tak tertulis entri macam mana..dah cuba tapi sekerat jln..
    ciksembang ada entri terbaru… jom baca Makam Abu Ayub AlAnsari di Istanbul-TurkiMy Profile

  5. raudhah says:

    Al-fatihah.InsyaAlah mereka ialah ahli ahli syurga.
    raudhah ada entri terbaru… jom baca Borneo – Hari Kedua- Pulau ManukanMy Profile

  6. lin azlina says:

    saya tahu psl kejadian tanah runtuh tu pun agak lambat sbb tak tengok berita..semoga roh mereka semua sentiasa dirahmatiNya
    lin azlina ada entri terbaru… jom baca Kata Ben Ashaarikalo takde idea bloggingMy Profile

  7. D_08 says:

    Assalamualaikum Yong Ummi Hanie…
    awok memang tak uleh langsong pasei kejadian ni kat blog awok….
    macam Yong cakap…bukan tak alert…
    tapi awok tewas bile berhadapan dengan bende2 yang melibatkan anak2…..
    tambah2 algi bile tengok gambo leh sekali tu….
    walopon awok lelaki….tapi bile berdepan dengan bende2 macam ni…awok tak bulih….
    berdeghei ayo mate awok…
    moge2 semue mangse mendapat ganjaran yang terbaikkkkk seklai daghi Allah….
    dan mudah2an Syurge le tempat deme….
    D_08 ada entri terbaru… jom baca Bloglist Abg TerorMy Profile

    • Ummi Hanie says:

      W’salam Yop ,

      gitule aseinye teman…antara nak dengan tidak,antara jadi dgn tidak aje nk publish entri ni…
      sayuuu bebenor tengok jenazah depa beramai-ramai disolatkan…ditanam beramai-ramai dlm satu lahad…
      tp teman yakin,teman rasa gembira sbb depa ni masih kanak2 dan remaja…dosa tak banyok lg…duduk pula di madrasah…insyaAllah,syurga utk deme…pakaian pun tgk,lengkap berjubah berserban Yop ;)

  8. Semoga anak syurga itu dapat membantu kedua ibubapanya di akhirat kelak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *