Mia Sara Nasuha yang super comel menempek di blogku

Saper yang tak kenal adik manisss super comell Mia Sara Nasuha ? Ala … yang berlakon drama TV3 Adamaya tu … jadi anak Lisa Surihani dan Sein . Juga model beberapa buah iklan .

Jangan jelesss … budak kecik comel ni dah menempek di blog ni bermula hari ni sampai … bile saya pun tak pasti … ehhehehe . Ada yang tak perasan lagi ke ? Ni haa ….

jeles la cepat...jeles tak ? ;p

 

Sakan aku dok puji anak orang kan … anak sendiri pun comel  jugakkk … hurm , tapi kalo puji2 anak sendiri orang kata perasan melebih pulak ! Itulah kehidupan duniawi …. semuanya tak sempurna di mata orang kan ? Ehh … lari tajuk pulak ! Pedulikkan itu semua …

Saja sebenarnya … buat entri santai mantai sikit petang hari ni … keebtulan termasuk website Widgetindex yang cool tu , ternampak pula widget Si Mia Sara ni … terus berkenan dan … tempek sat kat blog ni . Skrip Mia suruh follow tu … of coz bukan ciptaan saya yer …. nak follow , follow , tamau follow , tengok dan baca saja sudah …. ;) Takyah fenin2 lalat ;) . Tapi kalau Mia betul2 suka kat blog Aunty Hanie ni , terima kasih le bebanyak ! Haha … poyo nye … entah bila masa laaa cik adik ni nak mai sini baca2 entri orang berumur lebih sikit dari suku abad ni kan ? ;p

Oh ya . Dapat beberapa aduan pembaca yang mengadu tak leh nak komen2 kat entri Hanie . Saya cek balik , nampak okey saje . Kadang2 gangguan line internet tu … cuba lagi ya ? Kalau tak molek2 jugak , saya akan cuba figure out balik esok2 nanti . Sebab still ada org boleh komen2 kat sini , means tak semua hadapi problem yg sama , rite ? Apapun thanx utk niat anda ingin mengomen di sini … Hanie tak paksa2 ye…. :)

Selalunya widget2 macam ni saya tempek tapi tak lama . Cukup masa , dah puas tengok sendiri , saya akan buang balik . Dan maybe tukar yang lain dalam masa yg sama atau lambat sedikit . Coz saya takmaulah blog ni nampak serabut sana sini , betul tak ? Kekemasan itu penting … kemas sgt ke blog ni hah?

Incoming search terms:

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *