Mereka suka melukis

Kanak-kanak memang suka melukis

Melukis adalah suatu aktiviti yang dapat merangsang kreativiti seseorang. Sedari kanak-kanak lagi jika aktiviti ini diasuh, kemungkinan besar ia akan berkekalan sehingga ke dewasa.

Lazimnya kanak-kanak memang suka melukis. Jika tidak, masakan dinding² rumah diconteng dengan jayanya? ;) Itu memang normal… Walaupun kita parents ni dah sediakan berkoyan² kertas dan buku contengan untuk mereka, akhirnya dinding juga yang mereka pilih. Ini terjadi pada anak² yang berusia 1 – 4 tahun berdasarkan pemerhatian saya terhadap anak² saya sendirilah. Lepas dari peringkat umur tu, anak² sudah cerdik sedikit dan tidak lagi menconteng dinding rumah.

Dinding rumah kami sudah tiga kali bertukar cat. Cat murah ada, cat mahal pun ada. Tapi, habis juga diconteng di beberapa tempat. Sabar sajelahh… Proses anak² nak membesar kan… Esok anak² semua dah besar², tak ada lagi dah yang nak tolong menconteng dinding. Kena tunggu cucu pulak yang conteng. Hihihiii… :-P

aktiviti melukis anak-anak

Nah ambik.. BESARR punya whiteboard untuk kalian anak-anak… Ehsan dari encik abah. :-P

Adoii… macam² lukisan ada…

lukisan comel Kakak...

 

Akhirnya whiteboard itu selamat didrill ke dinding ruang tamu oleh ayahanda mereka… Ummi tak kisahlah sangat kat ruang tamu pun. Bukannya selalu sangat orang datang rumah pun. Kalau datang pun, apa salahnya… ;)

 

 

 

Zoom sikit tengok apa yang kakak lukiskan. Kakak memang pandai melukis. Saya sebagai umminya memang suka tengok hasil lukisannya. Erm, takpe ke puji anak sendiri neh?

 

 

Kemain lagi lebai Zaid ni menconteng yer….

 

 

Lebai dah tercabut kopiah :-P

 

 

Cik Oni khusyuk melukis ape tu ye…

 

 

Owh, menulis rupanya… Teruskan, teruskan anakku :)

 

 

 

Incoming search terms:

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *