Menunggu hari

Salam,

Biasa dengar istilah “menunggu hari“?

Mak saya selalu menyebut perkataan ini, saya tak pasti orang lain. Sama je kot.. maksud “menunggu hari” ni ialah wanita yang dah cukup 9 bulan kandungannya dan sedang menunggu masa/hari untuk melahirkan anak.

Macam saya sekarang ni lah. Sudah 38 minggu kehamilan. Memang tak sabar dah rasa nak bersalin sebab badan sakit sana sini menanggung perut yang memboyot.

Pada hari Ahad yang lalu (20/10/2013), saya ajak suami buat check-up di klinik bersalin Muslimah, tempat saya bersalinkan anak ke-5 pada 2 tahun lepas. Syukur doktor yang saya aim nak booking dia ketika bersalin nanti sedang bertugas pada hari itu, jadi teruslah booking bersalin di situ dan booking doktor tu sekali.

Perkembangan kehamilan 38 minggu

Perut mengeras tu memang kerap berlaku. Lebih sakit bila terasa baby menyondol² ke bawah. Kadangkala sakit perut macam nak datang haid atau nak buang air besar, menyebabkan saya berasa keliru dengan sakit perut nak bersalin. Maklumlah, dah masuk anak ke-6 ni mana nak duga kot tercepat bersalin ke kan…

stock-illustration-6547189-pregnant-mother

Doktor check perut saya, katanya baby dah ENGAGED. Maksudnya kepala baby dah masuk saluran pintu rahim dan bersedia untuk dilahirkan pada bila-bila masa kiranya. Aha… tu sebab kerap rasa nak terkucil dan perit sekali di bahagian miss v terutama ketika berjalan. Nak ubah posisi tidur pun kemain susah. Kena pelan² je gerakannya.

Scan juga dijalankan, dan anggaran berat baby sudah 2.9 kilogram. Alhamdulillah, perkembangan jantung baby adalah sihat, kedudukan kepalanya di bawah, uri di atas, air ketuban pun cukup. Syukur. Saya bukak je buku merah, tapi tak pegi check up bulanan tu atas sebab² tertentu… hmm.. Jadi dapat info perkembangan bayi sebegini memang cukup melegakan.

VE (Vaginal Examination) atau “menyeluk” juga dibuat untuk melihat bukaan rahim atau pintu serviks. Sudah ada bukaan sebanyak 1cm. Doktor kata tak tentu lagi bila bukaan rahim akan terjadi lagi, so saya boleh balik rumah dulu, tak ditahan di wad bersalin. Doktor bagi masa seminggu lagi dari tarikh hari itu untuk buat check up dan VE lagi. Tengoklah nanti camana.

So sekarang ni saya sedang tunggu turun tanda ataupun kontraksi. Walaupun dah masuk anak ke-6, saya masih menggoogle info berkaitan tanda² bersalin ni. Macam dah lupa jer walaupun baru 2 tahun sudah bersalin. Hehee… Yelah, lain² anak, lain² tandanya, tak semuanya sama tau.

Hasil carian dan pengalaman saya;

  • sudah turun tanda (lendir berdarah) tak semesti ada bukaan rahim, tapi kena pegi klinik untuk refer doktor
  • ada bukaan rahim tak semesti ada kontraksi
  • pecah ketuban tak semesti diiringi kontraksi (baca pengalaman melahirkan anak ke-5)

Jadi… pemeriksaan kehamilan minggu ke-38 ini sedikit sebanyak memberi berita baik buat saya dan suami kiranya. Dalam hal ini, suami saya yang lebih tertunggu² bila saya nak ada tanda² bersalin. Kesian dia nak cuti seminggu…. hehe~ sabar ye darl, sampai masanya baby ni keluarlah… oh ya! jantina bayi sudah diketahui… tak ngapelah, kasi surprise nanti yer. Ada yang dah tahu, senyap² dulu ;)

Incoming search terms:

17 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *