Menu ringkas dan cepat: Spaghetti Bolognaise dengan Sos Keju

by Ummi Hanie on May 5, 2012

in Makan-makan

Salam weekends!

Bila acapkali kena masuk dapur untuk sediakan hidangan untuk keluarga, tentu ada masanya akan terjadi situasi BLUR @ tak ada idea nak masak apa. Betul tak?? ;) Saya mengaku, situasi ni sering terjadi pada diri saya sendiri. *Mode: Haru

Kadang² kalau tak blur pun, tak berapa rajin nak masak gulai bagai. Ataupun nak tukar² selera dengan memasak hidangan selain nasi dan gulai² biasa. Makanya semalam saya jamu anak² dan diri sendiri dengan Spaghetti Bolognaise yang diwarnai Sos Keju hasil air tangan sendiri. Cewahhh… air tangan sendirilah sangatt… Ate, tuang serbuk keju, bancuh dengan air panas, siappp! ;)

Nak masak spagetti pun senang je kan. Bahan² sampingan pun tak ada sangat tapi buat jugalah. Kisar daging sikit untuk dimasukkan dalam sos spagetti Kimball. Encik hasben dah bekalkan 3 botol sos spagetti. amekaw! :p

Hasilnya….

Menu ringkas dan cepat: Spaghetti Bolognaise dengan Sos Keju

snap pic pakai enpon c3 dan edit sikit dlm PC ye… tak pakai Instagram pung :p

Alhamdulillah, anak² pun suka dengan menu ni, tambah² bila letak sos keju yang heaven tu kan… Sekali rasa, pasti nak lagi ;)

masing2 dah tak sabor nak melahap spagetti !

Resepi tak perlulah kot… spagetti bodo² je ni. Sangatlah ringkas tapi sedaplah juge. Tekan butang lif naik sendiri yer…

p/s: hari sebelumnya masak cheesy wedges ala KFC. nanti hapdet ye… ;)

p/s/s: cik abe dah nak balik ! weee…. ~ 

Misteri: Siapakah yang menjadi inspirasi YUNA ?

Incoming search terms:

{ 31 comments… read them below or add one }