Menu : Asam Pedas Ikan Pari

bismillah

As salam everybody . Sejak dari pagi dah sibuk2 di dapur untuk menyambut kedatangan parents dari kampung halaman . Many many thanx to dearest husband sebab banyakk menolong wife mu ini ! Tabik spring ahhh … abg memang cekap buat kerja2 rumah dan dapur … Hurm sape kata lelaki tak pandai buat house chores ? ;)

So bila nak buat entri petang2 ni rasa macam dah tepu je kepala otak ni haih . Bawak keluarlah seciput gambo dan resepi ringkas menu Asam Pedas Ikan Pari . Biasanya orang belah selatan tanahair yang gemar makan menu ni , betul tak ? Oleh kerana saya berdarah campuran selatan dan utara , maka menu2 makanan dari utara dan selatan boleh masuk tekak dan perut saya dengan nyaman sekali . Hikss ;p

 Rebutlah peluang menangi DOMAIN PERCUMA selama 2 tahun.Klik! 

Apakah perbezaan antara dua gambar ini ye ? Ehh … tak payah jawab pun takpe , ini bukan soalan kuiz maupon trivia . Almaklom je le tahap gambo dari henpon ajer …. DSLR jauh sekali .. kesian tak saya ?

Dah dah …. meh layan resepi campak-campak versi saya pulek ;

Bahan2 :

Bwang besar
Bawang putih
Halia
Serai (diketuk)
Ikan Pari (sy beli dah siap disiang dan dipotong keping2)
Asam Jawa (sy pakai asam jawa Adabi je…sonang)
Serbuk Cili – 1 sudu makan , nak lagi pedas bubuh le sebekas ;p
Serbuk Kunyit – 1 sudu kecik
Bunga kantan – tak ada pun takpe , kalo ada lagi mabelesss
Daun cenohom – lagi banyak lagi sedap , kasi wangi gulai
Tomato (dipotong 4)
Bendi
Garam – secukup rasa
Air

Cara Memasak :

  1. Blend bawang2 + halia + bunga kantan + sebijik tomato + serbuk cili .
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang diblend/kisar tadi + serbuk kunyit .
  3. Dah naik bau , masukkan air asam jawa .
  4. Masukkan ikan & daun cenohom . Tambahkan air .
  5. Masukkan bendi .
  6. Dah menggelegak sedikit , masukkan tomato . (jgn masuk awal , takut hancur)
  7. Masukkan garam secukup rasa . Sedikit gula jika perlu .
  8. Siap untuk dihidangkan .

Senang aje kan ? Tapi masakan saya ni walaupun ikut sama method mcm mak saya buat , tetap tak boleh lawan rasa dia tu . Air tangan orang tua kot … banyak pengalaman …. kita ni baru beberapa tahun je dok dapo , depa ni dah berkurun2 … Haha .

Mak saya pulak kata , masakan dia tak sesedap masakan mak dia , meaning my nenek lah … My nenek pulak kata tak sesedap mak dia pulak , meaning my moyang lah …. adehdehhdehhh … so tahap saya  ni kalau moyang saya makan masakan saya alamat tak berselera gamaknya ?

siggy2(transparent)

Incoming search terms:

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *