Meninggal dunia kerana ketumbuhan di kepala

Salam Jumaat yang mulia.

Sengaja saya pilih tajuk ini untuk sama² kita menginsafkan diri di hari yang mulia ini. 3 hari sudah, anak sahabat saya telah meninggal dunia akibat ketumbuhan di kepala. Sebelum tu saya ada buat status kat Facebook berbunyi begini;

 

Dulu kami sama-sama di Ipoh dari zaman saya anak dara lagi. Kenal dengan sahabat ni semasa saya berusia 11 tahun kalau tak silaplah, masa tu dia baru je beranak seorang. Anak yang meninggal ni anak ke-4, lelaki. Memang saya kenal dengan semua anak²nyalah, saya dapat tengok dari baby sampailah besar. Umur arwah baru 11 tahun masa meninggal. Allah lebih sayangkan dia… Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun… Sayangnya kami tak dapat ziarah keluarga arwah, maklumlah hari bekerja. Cuma dapat sampaikan salam saja kepada sahabat saya tu menerusi mak saya.

 

Memang sahabat saya ni tak tahu pun anaknya ni ada ketumbuhan dalam kepala. Sampailah hari kejadian (masuk ICU) tu, arwah makan, lepas tu muntah², kemudian terus pengsan. Bawak pegi hospital, doktor kata dah koma, dan ada ketumbuhan dalam kepala. 50/50 je doktor kata peluang untuk hidup. Begitu mendadak sekali kan… Sahabat tu cerita kat mak saya, arwah ada juga mengadu sakit² kepala tapi tidaklah mereka syak sampai ke tahap ada ketumbuhan.

Perhati²kanlah anak² kita tu kalau ada sakit kepala ke, pernah jatuh terhentak kepala ke… kalau ada muntah² atau selalu mengantuk, itu memang tanda² ada ketumbuhan dalam kepala.

 

Ok alang² dah bercerita bab ni, nak share lebih lanjut tentang ketumbuhan dalam kepala ni.

Tanda²nya;

  • Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding tengah hari.
  • Sakit kepala berterusan diikuti loya dan muntah
  • Pandangan kabur
  • Sering lupa
  • Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
  • Gangguan percakapan
  • Kesukaran menggerakkan kaki dan tangan
  • Gangguan ingatan atau perubahan personaliti
  • Kerap diserang sakit kepala


Rawatan untuk barah otak
;

Doktor akan membuat diagnosis melalui pemeriksaan neurologi termasuk ujian mental, pemeriksaan mata, ujian pendengaran, kuasa dan pemeriksaan saraf kranial dan lain-lain. Selain itu doktor akan melakukan pemeriksaan menggunakan alat pengimbas tomografi berkomputer iaitu sejenis alat sinar-X menggunakan komputer untuk memaparkan struktur otak terperinci.

Biopsi- kaedah ini dilakukan bagi mengesahkan kewujudan tumor otak disamping menentukan jenis histologi tumor.

brain tumor

Pengimbas Pet (Positron Emission Tomography)- alat ini menggunakan bahan gula yang dirawat menggunakan bahan radioaktif deoksiglukosa. Bahan ini akan disuntik dalam vena dan proses pengimbasan dilakukan.

Ada barah yang boleh dirawat 100 peratus dan ada yang tidak dapat dirawat tanpa kombinasi cara rawatan iaitu – pembedahan, radioterapi dan kimoterapi.

Desas-desus yang mengatakan penggunaan telefon selular sebagai salah satu punca barah otak adalah tidak benar sama sekali kerana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan ia tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit. Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat.

 

Kredit info

 

Hani TV3

 

 

Teringat drama Hani di TV3 tu… ketumbuhan dalam kepala hingga mengakibatkan matanya buta.

 

 

Incoming search terms:

27 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *