Mengenali program VLE oleh FrogAsia untuk projek 1Bestarinet

Tak silap dari tahun lepas (2013) lagi ada dengar sikit² tentang program Frog VLE ni. Tapi macam tak ambil pusing sangat.

Hari ini, anak yang tahun 1 (Izzah Munirah) serahkan surat pengagihan ID VLE 1Bestarinet.

Barulah buka laman web 1Bestarinet sambil cuba memahami apakah semua ini…

Malu je kat parents lain… huhu

Okay.

Apakah 1Bestarinet?

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.

1BN_About_Diag1_BM

Apakah pula Frog VLE?

VLE ialah singkatan kepada Virtual Learning Environment.

Melalui projek 1BestariNet, FrogAsia memperkenalkan masa depan pendidikan kepada golongan pelajar, guru dan ibu bapa di Malaysia. Dengan menggabungkan akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi yang terbaik dalam kelasnya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menyatukan seluruh komuniti pendidikan ke dalam satu platform yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Buat pertama kalinya di Malaysia, setiap murid akan dapat mengakses alat pembelajaran bertaraf dunia. Pendidikan cemerlang adalah hak setiap murid. Kini ia boleh menjadi kenyataan.

thefutureofeducation235903_BM

Untuk akses ke laman VLE, login di link ini dahulu: https://pba4015.1bestarinet.net.

Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat VLE sekolah anda, sila klik di sini.

Kemudian masukkan ID VLE anak anda beserta password seperti yang tertera dalam surat yang diberi oleh pihak sekolah.

Setelah berjaya login, akan nampak paparan berikut;

1BestariNet - Activation

Ketika proses login tadi, saya dah siap-siap tukarkan password supaya mudah untuk akses kemudian hari nanti.

Klik butang “Continue to Frog VLE”.

Jumpa paparan begini;

Frog OS

Comel je kan? Macam blog pula…

 

Melalui  Frog VLE ini, guru² boleh memberi tugasan kepada murid-murid untuk disiapkan secara maya.

Tonton video pemberian tugasan ini;

 

 

 

Saya petik sedikit Q&A tentang VLE:

 

Apakah lagi yang boleh saya lakukan dengan 1BestariNet Yes ID saya?

Dengan 1BestariNet Yes ID anda, anda boleh mengakses Frog VLE dan seluruh set sumber dan aplikasi global dari Google, Khan Academy dan banyak lagi, selain untuk terus mengikuti butiran akaun anda pada rangkaian Yes.

Pelajar, log masuk ke dalam Frog VLE, reka dashboard peribadi, buat perancangan dengan kalendar, ikuti perkembangan Papan Notis Sekolah dan berinteraksilah dengan guru-guru anda dalam talian. Anda juga boleh mengakses kerja sekolah dari mana jua, pada bila-bila masa dan hantarkannya dari ruang rumah anda yang selesa. Apa lagi yang ada, temui, terokai dan inspirasikan diri anda anda melalui The Pond dan nyatakan diri anda melalui The Voice.

Guru, letakkan notis pada Dashboard sekolah, cari semua dokumen dalam talian, mengajarlah dengan menggunakan laman interantif yang boleh anda sesuaikan dan wujudkan untuk pelajar anda, beri markah tugasan dalam VLE, dan tempahlah sumber menerusi kalendar tempahan. Jangan risau jika anda tidak mahir dengan teknologi. Laman Komuniti ada di sini untuk membantu menyokong perjalanan pengajaran anda dengan tips, peralatan, bantuan bilik darjah dan cerita-cerita yang memberi anda inspirasi. Anda juga boleh berkongsi laman dengan para pendidik lain dan mencari sumber-sumber pendidikan di FrogStore.

Ibu Bapa, ikuti perkembangan sekolah anak-anak anda, akses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah, serta muat turun semua borang dan dokumen penting. Tidak sekadar itu, anda juga boleh memuat turun buku-buku digital percuma atau membuat pembelian di FrogStore.

Soalan² lain boleh dibaca di laman Frog Asia.

virtual learning

Incoming search terms:

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *