Mengapa susu Dutch Lady menjadi pilihan saya dan keluarga

by Ummi Hanie on August 27, 2012

in Advertorial, INFO

Dutch Lady dan kami sekeluarga memang tidak dapat dipisahkan. Teguk saja air susu berperisa coklat atau strawberry, terasa begitu heaven sekali. Hilang segala stress… Itu sebabnya suami saya selalu belikan susu kotak Dutch Lady untuk kami sekeluarga nikmati bersama-sama.

Jangan tak tahu, susu adalah salah satu pemakanan sunnah Nabi kita. Dan itu membuktikan bahawa SUSU mengandungi khasiatnya yang tersendiri. Antaranya yang umum ketahui ialah kandungan KALSIUM yang tinggi untuk mengukuhkan tulang kita, dan sangat diperlukan oleh ibu-ibu mengandung juga kerana kandungan kalsium si ibu sudah dikongsi bersama-sama bayi.

susu dutch lady

Munirah sedang minum susu kotak Dutch Lady Kid perisa coklat

Beberapa bulan sudah, pihak Dutch Lady telah datang melawat ke Taska tempat Munirah (model di atas) belajar dan memberikan seorang sekotak Dutch Lady Kid.  Sekelip mata saja dihabiskan susu tu. Suka sangat… ;)

Saya faham, sesetengah orang memang tidak tahan meminum susu. Akan tetapi, saya berani jamin dengan susu kotak Dutch Lady berperisa Coklat dan Strawberry, akan dapat menyelesaikan masalah tidak tahan minum susu. Perisanya yang sangat enak amat membantu pengambilan susu sebagai salah satu diet harian kita. Saya sendiri sudah lama amalkan minum susu setiap hari kerana tekanan darah rendah menyebabkan kepala selalu pening². Ya, susu memainkan peranan penting untuk mereka yang kurang darah ataupun darah cair (anemia).

Tahukah anda yang kita memerlukan 2 sajian susu dalam sehariuntuk kesihatan kita? Rata-rata rakyat Malaysia memang tidak dapat amalkannya. Apa kata kita mulakan sekarang? ;)

Jom sertai Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari Dutch Lady dengan klik ke link ini : Kempen.

 

 

Munirah & Zaid yang amat menggemari susu dutch Lady Kid

Mengapa 21 Hari? Kerana dalam tempoh ini tabiat baru dapat dibentuk iaitu amalan meminum susu sekurang-kurangnya sebanyak 2 sajian sehari. Kaji selidik menunjukkan purata penduduk Malaysia mengambil cuma 0.14 sajian susu sehari! Jadi ayuhlah kita menyahut kempen ini untuk membina tabiat meminum susu sebagai amalan harian. Bukankah kita bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri? Sayangilah diri anda… ;)

Ibu sedang melayari internet sambil menikmati susu Dutch Lady

Anak-anak suka ibubapa setuju  :)
“Jom Abang, kita minum susu untuk kelengkapan nutrisi hari ini”

 

Dapatkan beberapa kotak susu Dutch Lady dari pasaraya² berhampiran anda, dan amalkan meminum susu sebanyak 2 kali sehari. Ibubapa yang menghadapi masalah anak tidak suka minum susu bolehlah mencuba dengan susu kotak Dutch Lady Kid. Anak saya begitu menggemarkannya ;) Kalau beri mereka susu Dutch Lady, memang takkan menolaklah… Salah satu tips untuk menggalakkan anak² rajin minum susu ialah, membancuh sejag susu sejuk. Sangat menyegarkan dan anak-anak akan minum berulang-ulang kali, termasuklah saya sendiri.

Hantarkan idea sajian anda berasaskan susu Dutch Lady ke => fanpage Dutch Lady Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari  untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini serta peluang memenangi wang tunai berjumlah RM200. Sungguh mudah dan menyeronokkan.

 

Izzah Munirah sedang menikmati susu Dutch Lady sebagai sajian sihat di pagi hari

Incoming search terms:

{ 21 comments… read them below or add one }

sop August 27, 2012 at 11:57 AM
hatiputera August 28, 2012 at 12:02 PM

joom minum susu dutch lady ramai-ramai.

Reply

Ummi Hanie September 5, 2012 at 5:50 PM

jom jom ;) susu DL kan sedap

Reply

Denaihati August 27, 2012 at 12:22 PM

susu dutch lady memang kegilaan anak2.
tu dia atas tilam pun minum susu, memang menjadi kempen ni nampaknya. good luck yer.

Reply

Ummi Hanie September 5, 2012 at 5:51 PM

samalah dgn anak2 saya. susu DL menjadi rebutan.. haha

atas tilam? adoi malunye… emergency tu. tapi realiti kan… ye, mmg menjadi kempen ni

Reply

akubiomed August 27, 2012 at 1:29 PM

Minum susu untuk kesihatan tulang. :-)

Reply

Ummi Hanie September 5, 2012 at 5:51 PM

betul tu. tulang mesti dijaga sebaik mungkin

Reply

puanbee August 27, 2012 at 5:22 PM

Susu memang bagus untuk kesihatan kita .. sekali jd model susu daaa .. hikss…

Reply

Ummi Hanie September 5, 2012 at 5:52 PM

adesss…. terpaksa daaa jadi model…

Reply

yanmie August 28, 2012 at 8:12 AM

Salam,

Nak susu!!! heheee, comel anak2 nis, putih2 belaka, hasil dari mengamalkan meminum susu ke? nnggeee~

Reply

Ummi Hanie September 5, 2012 at 5:53 PM

Wslm,

kak yan punye stok lagi banyakkk…. heheheh….

yeke comel anak2ku… terima kasih bah… putih sbb minum susu? ada kemungkinan jugalah… tp masa hamil, nis suka minum soya. tak hamil pun mmg suka sokmo :p

Reply

hatiputera August 28, 2012 at 11:31 AM

saya minum susu yang rendah lemak jer.

Reply

Ummi Hanie September 5, 2012 at 5:53 PM

bagus tu, kurangkan lemak dlm badan

Reply

hatiputera August 28, 2012 at 12:02 PM

kalau beli untuk anak-anak nie memang bagus ketika kempen nie. Letak dalam peti sejuk sekejap jer bersih. Semoga berjaya ummie

Reply

Ummi Hanie September 5, 2012 at 5:54 PM

samalah… saya pun terpaksa sorok2 sikit takut cepat sangat habiss… hehehe

terima kasih atas sokongan

Reply

Malaysia Coin August 28, 2012 at 2:49 PM

Salam.
Saya alergik pada susu UHT sebab kandungan lemaknya yang tinggi akan membuatkan perut saya memulas, lupa dah apa namanya yang betul. Dah lama tak minum ni, tak tahu pulak kalau masih ada.

Reply

Ummi Hanie September 5, 2012 at 5:55 PM

boleh pilih jenis bukan UHT ;)

Reply

kak ina kl August 28, 2012 at 5:38 PM

salam aidil fitri…
anak-anak pun suka minum susu dutch lady terutama perisa strawberi dan coklat

Reply

Ummi Hanie September 5, 2012 at 5:56 PM

salam aidilfitri kak ina…

yes, same here too… coklat dan stoberi mmg jadi rebutan anak2

Reply

puan kutu August 29, 2012 at 8:54 AM

susu dutch lady nie mmg sedap.sape tak minum susummg rugilah.dulu yg coklat tu pekat n manis sgt.skang dh less sugar.kutu sgt suka!aiman jgn katalah,yg kid punya tu tak layan,mana cukup utk dia sorg.hehe

Reply

Ummi Hanie September 5, 2012 at 5:57 PM

mmg rugi wooo tak minum susu DL ni kan kutu…

yup, dah less sugar skrg ni. bagus sgt2….

yelah, dutch lady kid tu sekali sedut je dek Aiman, dah habisss… hihi

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: