Meneroka Bukit Bendera

Meneroka Bukit Bendera nan indah

Seumur hidup, inilah kali pertama kami anak-beranak meneroka Bukit Bendera yang terletak di Air Hitam, Pulau Pinang. Sebelum ini sudah sampai ke sana akan tetapi ditutup pula kerana sedang membuat pembaikpulihan. Kami bertolak ke sana dari Batu Ferringhi, kira-kira dalam 15minit perjalanan. Tapi awas, jangan guna bantuan ‘encik Garmin’ (GPS) kerana anda akan dihalakan ke Taman Botani pula. Kami dah terkena…

Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia.

Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera (Bahasa InggerisPenang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.

Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.

Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.

Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.

 

-Wikipedia

 

 

bukit bendera

Rupa-rupanya kereta kabel Bukit Bendera yang terkenal itu sudah tiada…. diganti dengan keretapi berkuasa elektrik. Lebih canggih dan laju serta selamat, insyaAllah… Perasaan menaikinya sama seperti menaiki komuter di Kuala Lumpur, bezanya dalam keadaan menaik dan menurun. Sekejap saja, lebih kurang 5 minit dari tempat berlepas, sudah sampai ke puncak Bukit Bendera yang setinggi 830 meter itu.

bukit bendera

kakak, bukit bendera dan bunga :)

 

munirah

munirah

 

munirah lagi

munirah lagi

 

rel keretapi bukit bendera

rel keretapi bukit bendera

 

bukit bendera

 

Seronoklah bawa anak-anak menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah sementara cuti sekolah masih berlangsung. Betapa sesaknya dengan umat manusia…. Nak berbaris membeli tiket pun satu hal, nak tunggu giliran pun satu hal. Tapi, redah sajalah semua tu kan… demi pengalaman ;)

Pada mulanya rasa macam kecewa sedikitlah sebab mengenangkan kereta kabel sudah tiada. Tapi saya dan suami dah pernah naik kereta kabel ketika berbulan madu di  Gunung Machinchang, Langkawi 10 tahun nan lalu. Ketika itu kereta kabel tersebut baru saja dibuka. Kira bertuah jugalah kami antara yang terawal merasmikannya :)

en. suami bergambar kenangan sebaik turun dari keretapi

en. suami bergambar kenangan sebaik turun dari keretapi

 

Tiketnya murah sahaja, hanya RM19 untuk kami bertujuh yang mengambil Pakej Keluarga dan perjalanan dua hala  ;)

Dewasa: RM5 x 2 orang

Kanak-kanak: RM3 x 3 orang (lagi 2 orang tak diambilkira, FREE)

Yang penting jangan lupa bawa MyKad untuk dapatkan harga istimewa begini!

 

Jom, cuti-cuti Malaysia ~

tiket keretapi bukit bendera

tiket keretapi bukit bendera

tiket keretapi bukit bendera

tiket keretapi bukit bendera pandangan belakang

Incoming search terms:

24 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *