Menarik : JELAJAH BLOG IBU

 

Bismillahirrahmanirrahim …

Nampaknya jelajah ini semakin berleluasa di merata2 blog ibu2,mama2,ummi2,mak2 macam …. saya . Makanya saya tak mau ketinggalan keretapi untuk promosi free blog tak seberapa ni anjuran Encik Ben 10 Ashaari . Big claps for your effort ! =)

 

 

Header belog Encik Ben 10 Ashaari yang simple but look like pro ! ;)
Di mana2 blog ibu2 pun dah terpampang header yg cool itew …

Syarat2 yang dikenakan pun sangat simple , tak memberatkan langsung .

Here they go ;

  1. HEADER blog BEN ASHAARI – DONE
  2. linkkan ke entri ini ..- DONE (several times)
  3. cerita serba sedikit mengenai blog anda … itu akan membantu promosi blog anda.. – DONE
  4. dari mana anda tahu mengenai SEGMEN JELAJAH BLOG IBU ini .. – DONE

 

Serba-serbi tentang blog Ekspresi dot com ni ?

Sebenaunya dah beberapa kali saya buat statement yang menjawab kepada ini .
Tapi untuk jelajah Encik Ben 10 ini saya ceritakan sekali lagi .

Pada asalnya saya bina blog ni untuk tujuan menjana pendapatan dari blogging . Masa tu saya tak berapa faham sangat so saya just bukak akaun blogspot ni dan mulalah blogging dengan sumbangnya .

Masa terus berlalu sampai sedar tak sedar dah masuk tahun ke-2 blog ni ‘dilahirkan’ (since 2008 tapi tak terer2 lagi) . Mulanya saya nak berlagak ala2 blogger misteri tapi lama kelamaan teringin pulak nak story tentang diri,anak2 dan family . Sejak itu saya juga mula menjalankan blogwalking dan menjalinkan persahabatan dengan ramai bloggers yang hebat2 . Siapa lagi kalau bukan kalian semua ! :) Terima kasih sudi berkawan dengan saya !

Pendek kata , blog ini adalah dalam kategori personal yakni tak specific untuk satu2 perkara jer . Kalau bahasa canggihnya , tiada niche . :p

Tagline baru saya dekat header tu pun ada tertulis ; ” Blog caca merba” . Semua topik saya bebas tulis di sini . Ok panjang dah ni . Cukup .

Dari mana anda tahu mengenai segmen Jelajah Blog Ibu ni ??

Masa bukak2 dashboard kereta tu , tengok dekat list blog yang i follow tu nampak ramai jugaklah mom bloggers yang publish entri yang sama macam ni . Hati dah mula berkata2 , ” Eh ada giveaway/contest baru yang aku dah ketinggalan ke ni ? Tak buleh jadik !” *Sedikit efek ditambah2 untuk menceriakan suasana yer ;p . Semuanya saya baca sambil lalu jer , sampailah ke blog member sekolah rendah , IedaLuvSham ni hati saya dah melonjak2 nak tau apekebendanya Jelajah Blog Ibu . Maka …. terjawablah sudah ……….. and here I am joining the ‘party’ . :)

End .

 

p/s : hidup mom bloggers ! hidup encik ben ! hidup semua ! =)

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *