Memperingati peristiwa bersejarah Israk Mikraj

by Ummi Hanie on July 1, 2011

in INFO, Keagamaan

 

Salam berbahagia .

 

[Ini sepatutnya adalah scheduled entry pada hari Rabu sudah , tapi entah kenapa tak menjadi pulok .... ]

 

Ketika ini , saya tiada di meja komputer saya dan berada sangat jauh daripada kediaman tercinta kami di utara . Kami sekarang berada di KL / Selangor . Agaknya  ke  manakah hala tuju kami sempena cuti hari ni ye ?

 

Oh … biarkanlah dulu cerita kami . Berbalik kepada peristiwa israk mikraj . Apa yang kita tahu tentangnya ? Dan apakah pengajaran di sebalik peristiwa hebat itu ? Mari kita selami sedikit sebanyak tentangnya …

 

Secara ringkasnya , ISRAK ialah perjalanan Nabi S.A.W. daripada Makkah ke Baitul Maqdis (Masjid Al-Aqsa) dan MIKRAJ pula ialah perjalanan Nabi dari Baitul Maqdis ke Arasy Allah . Subhanallah ! Zaman yang serba canggih macam sekarang ni pun tak ada sesiapa boleh buat miracle(keajaiban)  macam ni kerana ianya berlaku atas keizinan Allah Taala saja .

 

Mari baca lagi dengan lebih detail ;

 

Peristiwa Isra dan Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)

 

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga ‘dibedah’ untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.

Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan Isra’ mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku ‘Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut ‘Buraq‘.

Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

 

Pelbagai peristiwa dilihat

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra’ berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

 

  1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  2. Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

 

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

 

Sumber : Wikipedia

 

Tentu kalian pernah dengar tentang kisah sebiji batu besar yang nak mengekori Nabi berIsrak Mikraj ? Ya, batu itu masih ada lagi sehingga sekarang , dalam keadaan tergantung … akan tetapi telah dibina sebuah ‘pendukung’ untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini . Kalau saya pun , tak sanggup rasanya nak tengok batu besar tu terapung² di awangan … :p

 

Inilah batu terapung – gambar yang sebenar

 

 

masyaallah … besarnya batu !

 

 

Ini juga dikatakan gambar yang sohih . Pelawat² mengambil kesempatan solat di bawah batu tersebut …

 

 

 

jangan terpedaya dgn gambar palsu ini … mungkin dihasilkan melalui teknik photoshop . terima kasih untuk sumber ini

 

Semoga kita sama² memperoleh iktibar daripada peristiwa yang penuh KEAJAIBAN ini .

 

Incoming search terms:

{ 3 comments… read them below or add one }

Nida July 2, 2011 at 4:10 AM

Salam…

Betapa agungnya kuasa Allah…. Allahuakbar
Nida ada entri terbaru… jom baca Sepuluh Hari Bagaikan SesaatMy Profile

Reply

ayu jamal July 2, 2011 at 7:49 AM

nice sharing….
Allahuakbar

Reply

Ummi Hanie July 3, 2011 at 11:37 AM

thanx… ;)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: