Memohon lesen syarikat perniagaan dari SSM tidaklah susah

Mungkin ada yang belum maklum yang saya mengendalikan bisnes online dari rumah. Masuk tahun ketiga inilah baru saya ready untuk mendaftarkannya di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Bisnes kecil²an saja pun… ;)

Mengapa mengambil masa 3 tahun tu?

Sebab dalam tempoh itu saya masih belum bersedia untuk memberi komitmen yang lebih pada bisnes dan dalam proses pandu uji. Sesuai atau tak sesuai dengan jiwa saya. Boleh teruskan ataupun tidak.

Memohon lesen syarikat perniagaan dari SSM tidaklah susah

Pada peringkat awal, memang saya langsung tak ambil kisah tentang pendaftaran perniagaan dengan SSM ni. Bagi saya, asalkan boleh berjual beli di alam maya, dapat untung, cukuplah. Ikut acuan masa sendiri nak ‘bekerja’ berapa jam sehari hanya dari rumah.

Selepas hampir mencecah usia 3 tahun berniaga secara sambilan dari rumah, bercampur gaul dengan individu² yang sama status di grup² Facebook, membuatkan saya terbuka hati untuk mendaftarkan lesen syarikat perniagaan di SSM.

Taklah sesukar mana pun rupa²nya… Allah memudahkan urusan saya. Sangat bersyukur. Ditemani seorang anak, saya pandu kereta sendiri ke pejabat SSM paling hampir, yang jaraknya pun hampir 40km juga dari rumah. Gigih punya pasalll… dan semangatt !

Sebenarnya, nak daftar secara online pun boleh, saya dah cuba buat cuma mungkin hujung tahun 2012 hari tu pejabat SSM agak sibuk nak handle pendaftaran dengan promosi RM50 sahaja untuk 5 tahun tu. Tak menang tangan gamaknya. Tak boleh jadi, memang kena serbu ofis SSM jugak walau apapun terjadi.

… dan yes! Saya berjaya daftarkan syarikat dengan hanya RM50 sahaja untuk tempoh 5 tahun, dalam masa tak sampai 1 jam. Bravo untuk diri sendiri~ :)

SSM blog

‘ijazah’ku…

Belum diframe dan digantung di dinding lagi ‘ijazah’ saya ni…

 

Langkah² pendaftaran online:

PERKHIDMATAN SSM DALAM TALIAN MY GOVERNMENT PORTAL
1. Layari http://www.malaysia.gov.my
2. Klik Perkhidmatan.
3. Taip SSM di kotak kata kunci dan klik Cari.
4. Senarai Nama Perkhidmatan akan tertera di skrin. Pilih dan Klik SSM- Pendaftaran Perniagaan Baru (BORANG A – borang online save di sini)
5. Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan klik log masuk.
6. Klik Ok pada skrin yang tertera.
PERKHIDMATAN DALAM TALIAN SSM (http://www.ssm.com.my)
1. Klik SSM e-services.
2. Klik SSM – Pendaftaran Perniagaan Baru (BORANG A).
3. Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan klik log masuk.
4. Klik Ok pada skrin yang tertera.

Kalau tak faham atau tak berjaya ikut steps ni, silalah baca dan memuatturun Panduan Pendaftaran Perniagaan Baru  ini.

 

ssm

Amaran…. amaran !

Pendaftaran di portal MyGov tu bukan diapprove serta merta yer. Ambil masa sikit. Mereka akan semak dan membuat pengesahan dahulu, kemudian kita akan menerima emel dari mereka untuk login. Rujuk gambarajah di atas. Anda akan nampak paparan begitu jika pendaftaran berjaya.

Nak isi borang A tu di pejabat SSM pun boleh, cuma membazir masa sedikitlah sebab kena tunggu giliran lagi pakai nombor bagai. Jadi, digalakkan print siap² di rumah, isi maklumat yang diminta, dan terus hantar pada pegawai SSM nanti. Dan dalam borang itu anda akan diminta untuk memberikan 3 nama paling sesuai untuk perniagaan anda. Daripada 3 cubaan, hanya satu sahaja yang saya lepas. Tu pun kena edit sedikit, dan secara automatik terlintas perkataan “Resources” untuk hujung nama biz saya tu. Asalnya nak bubuh Enterprise sahaja, sebab agak general. akan tetapi senarai produk yang saya senaraikan tu ada pelbagai niche, jadi saya buat keputusan untuk pakai penghujung nama Resources… Jadilah Annisa Resources.

Nama anak tak dibenarkan pula walaupun saya tengok ada orang letak nama anak untuk biz mereka. Hurmm… Kena tanya pegawai SSM secara directlah yer. Dan jenis² nama perniagaan ni pun ada syarat² tertentu. Untuk nama² biz selain Enterprise, Sendirian Berhad, Resources dll., bayaran lebih dikenakan. Untuk nama² yang saya sebutkan tadi, cuma RM10 dikenakan. Jadi, total semua RM60 sahaja sekali dengan bayaran pendaftaran lesen perniagaan.

Kesimpulannya, memohon lesen syarikat perniagaan dari SSM tidaklah susah mana. Sebelum ini saya agak tak berani, tapi sekarang Sijil Perniagaan dah pun dalam tangan. So, apa lagi? Kenalah semangat lagi berbisnes!

 

ibu bekerja dari rumah

 

Jadi, kiranya saya ni memegang title WAHM (work-at-home-mom) @ Ibu Bekerja Di rumah… Secara  sambilan (part-time). InsyaAllah saya akan kupaskan sedikit pengalaman susah senang bekerja dari rumah ni.

Incoming search terms:

18 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *