Melaka River Cruise

3 Syawal itu hari, seawal pagi saya bersama-sama suami dan 3 orang anak (lagi 2 orang – Kakak dan Abang tak ikut), ayah mentua, adik² ipar dan biras bertolak dari Perak ke Johor, di mana lokasi majlis nikah sepupu encik hasben akan berlangsung lepas Asar nanti. Agak-agak…. sempat tak kami sampai pada masanya? Jom teruskan bacaan dulu… ;)

Alhamdulillah, perjalanan lancar sekali, MPV Innova kami tu memang banyak sekali berbakti dengan jayanya. Puaslah buat rombongan cik kiah secara kecil-kecilan kan… Ok, teruskan story… Kami selamat sampai ke Melaka pada jam 11 tengahari. Ayah saudara encik hasben dah menjemput kami untuk lunch di rumah barunya. Woraitttt…. settt… Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal gitu… ahakss. Katanya dari situ nak ke lokasi majlis nikah di Johor tu dah tak jauh sangat, dalam 2 jam lebih saja perjalanan. Kalau macam tu, insyaAllah sempatlah kami tiba ke sana sebelum atau pada waktu Asar.

Sebelum lunch di rumah pak sedara kami tu, sempat kami berfoya-foya (ni ayat kami laki bini untuk maksud : bersuka-ria) naik bot Melaka River Cruise. First time ni untuk saya sekeluarga. Pak mentua dan adik² ipar dah biasa naik, tapi pada waktu malam. Yang siang ni tak dapatlah tengok lampu² hiasan kan… itu jelah bezanya. Bayaran RM10 untuk orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Oklah tu kadarnya… satu pengalaman baru yang tak patut dilepaskan begitu saja.

melaka river cruise

beginilah rupa botnya…

Cuti sekolah ni queue sedikit panjang nak naik bot. Tak apalah, kami redah juga…

Kesimpulannya, jelajah Melaka River Cruise merupakan satu pengalaman baru yang menyeronokkan. Layankan gambar² ye….

 

baby Huzaifah dan pak nyah nye..

 

Zaid dan atuk nye…

 

MERDEKA ! Nampak tu semangat merdeka diserlahkan pada bumbung rumah ;)

 

nak snap juga gambor kapal lanun dan ferris wheel.. ingatkan eye on malaysia tu… rupenye bukan…

 

bangunan2 kedai dan rumah kedai telah dihiaskan dgn lukisan2 mural berkaitan negara Malaysia

 

adakah itu mural Hang Tuah? ;)

 

antara bangunan2 berdinding merah (stadhuys) yg sgt popular di melaka…

 

restoran/kafe Cheng Ho

 

kubu + meriam !

 

casa del rio Melaka

Casa Del Rio Melaka yg cantik bangunannya…

 

melaka river cruise

sudah pun sampai ke hujung sebelah sana… masa untuk berpatah balik ke lokasi asal

 

Memang puaslah menyusuri Sungai Melaka menaiki bot Melaka River Cruise ni. Menyusuri beberapa perkampungan di tepi sungai antaranya Kampung Morten. Juga menyusuri Bandar Dihilir di mana terletaknya kota A Famosa. Kali ini kami tidak bersiar-siar di situ. Beberapa tahun sudah kami pernah ke situ, ketika itu baru beranak dua, Abang Ukasyah masih baby macam Huzaifah. Sekarang dah bertuhuj. Cepatnya masa berlalu.

 

kenangan gambar abang ukasyah semasa Baby berlatarbelakangkan A Famosa

 

Sambung kisah jalan-jalan di Johor dan Melaka Part 2 pula kemudian nanti ;)

 

31 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *