Mee rebus ala Singapore homemade

Assalamualaikum… Salam sejahtera…

Lamanya tinggalkan blog, udah bersawang. Dari sebelum bersalin, sampai dah habis berpantang 44 hari pun… Nanti cerita pasal baby yer. Alhamdulillah, saya dan baby sihat…

Dah habis pantang ni, teringin pula nak jamu diri dan family… Mee rebus ala Singapore.

Ala singapore kerana resepi emak saya yang berasal dari sana…

Selalu saya makan mee rebus singapore ni masakan emak atau nenek. Memang best pada tekak saya dan family.

Dapat pula pujian dari emak. Katanya saya boleh ganti Nek Mon (nenek saya) di singapore tu yang sedap2 masakannya. Ehemmm kembang skirt puan UmmiHanie ahahaa….

image

Hidang mee dalam mangkuk Corelle... Bertambah lagi feel nya >_<

Meh zoom dekat sikittt…

image

Resepinya mudah saja (selama ni rasa mcm susah tak pasal2) hihii…

Bahan-bahan Mee Rebus;

2 biji bawang besar (size besar)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 s.b. cili boh
3 s.b. rempah kari daging Faiza (apa2 jenama pun boleh)
Udang kering sepaket kecil
2 sudu taucu
Garam secukup rasa
Gula seadanya (saya tak pakai apa2 perasa)
4 s.b. tepung jagung dibancuh air
Fishball/fishcake ikut suka. Banyak lagi best
Daging kisar @ Hirisan ayam/daging ikut suka

Bahan-bahan rampai;

Daun sup & bwg dipotong halus
Cili dihiris nipis
Limau kasturi dibelah dua
Bawang goreng
Taugeh dicelur sebentar
Telur rebus (kali ni saya tak buat pun)
Tauhu goreng (takde pun takpe)

Cara-cara memasak Mee Rebus ala Singapore:

1. Panaskan minyak utk menumis.
2. Kisarkan hingga hancur – bawang2, cili boh, halia, udang kering.
3. Tumiskan bahan2 kisaran. Masukkan rempah kari daging. Tunggu hingga pecah minyak.
4. Masukkan air dan daging kisar @ hirisan ayam/daging.
5. Masukkan taucu dan fishball/fishcake.
6. Tambah air jika perlu. Masukkan bancuhan tepung jagung utk tujuan memekatkan kuah.
7. Tunggu hingga mendidih. Siap utk dihidang.

Senang kan? Resepi mee rebus singapore ni tak perlu letak santan okey… Itu kalau resepi mee kari..

Selain tepung jagung utk memekatkan kuah, alternatif lain ialah ubi kentang atau ubi keledek yg direbus dan dihancurkan (blend).

Dah selesai masak tu…. Kemain tak sabar-sabar lagi mak saya nak merasmikan masakan anak bongsunya ni…. Kita ni dah lama tak main masak-masak, kekok sikit di dapur nak sediakan mee rebus ni.

InsyaAllah lain kali masak lagi boleh jamu jiran2 dan kawan2 pula…. Semoga rajin selalu ~

Incoming search terms:

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *