Maya Karin kekasih Yusry KRU ?

bismillah

 Rebutlah peluang menangi DOMAIN PERCUMA selama 2 tahun.Klik! 

Kalau benarlah desas-desus ini , doakanlah supaya mereka bertemu jodoh . Tak usahlah berkawan/berkasih terlalu lama ,apatah lagi dirahsiakan . Benda yang elok seperti mendirikan masjid eloklah dicepat-cepatkan.Maya Karin janda , Yusry KRU pula dah lama menduda . Elok sangatlah tu kome ! Jom baca cerita lanjut tentang mereka berdua ini ;

KELIBAT Maya Karin Roelcke, 31, dan Yusry Abdul Halim, 37, di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya sekitar minggu lalu menarik perhatian pengunjung sehingga begitu pantas beritanya sampai ke pengetahuan media.
Meskipun kedua-dua mereka dilaporkan tampil dengan gaya bertopi, helah itu nyata tidak mampu mengaburi mata pengunjung. Kehadiran mereka juga menguatkan lagi desas-desus kononnya Maya dan Yusry sedang hangat dilamun cinta.

Justeru, kesempatan bertemu Maya di Carcosa Seri Negara di ibu kota pada Isnin lalu bersempena majlis pelantikannya sebagai duta baru Innershine Prune Plus, pemilik mata bersinar ini ditanya mengenai kebenaran gosip yang bertiup kencang itu.

“Alamanda? Yang baru-baru ini atau dua bulan lepas?” soalnya.

Pertanyaan Maya itu seolah-olah mengesahkan gosip yang diperkatakan adalah benar. Bahkan ini bukan kunjungan pertamanya bersama Yusry ke Alamanda.

“Iya, memang benar kami ke Alamanda. Kami menonton filem Narnia (Chronicles of Narnia: Voyage of The Dawn Treader) masa itu. Alah, keluar dengan kawan-kawan, tidak ada salahkan? Lagipun saya sudah lama mengenali Yusry, cuma kebelakangan ini saja kerap keluar bersama,” katanya.

Tambah Maya, selain Yusry dia mempunyai kawan lelaki yang rapat misalnya Bront Palarae dan Remy Ishak. Namun, persahabatannya dengan Yusry terlalu digembar-gemburkan.

“Mungkin kerana terlalu ramai orang yang menyayangi Yusry dan ingin melihat dia gembira serta bahagia sehingga saya sebagai salah seorang sahabat yang rapat turut diheret dalam hal ini,” katanya.

Akui Maya, persahabatannya dan Yusry adalah ikhlas, malah mereka saling menyokong kerjaya masing-masing. Malah, wanita berbintang Scorpio ini juga tanpa berselindung mengakui menyukai Yusry selain menyifatkan duda kacak itu memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

“Saya suka dia dan selesa berkawan dengannya. Lagipun, takkan kita berkawan dengan seseorang yang kita tidak suka. Yusry seorang yang serius dan ada masanya pandai buat lawak juga.

“Memang saya akui, ada beberapa ciri lelaki yang saya suka ada padanya. Biasanya, apabila kami berjumpa kami lebih banyak berbual soal kerja, filem dan skrip yang menarik untuk menghasilkan filem. Jarang sekali menyentuh hal peribadi,” katanya.

Kelihatan jelita dengan solekan ringkas dengan gaun rona ungu, Maya diasak pertanyaan media, sama ada dia menerima andai suatu hari ditakdirkan bercinta dengan Yusry.

“Saya tak tahu apa yang akan jadi dalam masa satu tahun atau dua tahun akan datang kerana saya manusia biasa tidak mampu meramalnya. “Apa yang pasti buat masa sekarang, kami berteman biasa saja dan persahabatan kami ikhlas. Terus terang, saya mahupun Yusry tidak pernah membincangkan hal ini atau terfikir mengenai hal ini sebagaimana kalian (media) fikirkan,” katanya tidak pernah merujuk Yusry atau sesiapa saja untuk sesuatu tawaran atau watak kerana percaya pada nalurinya.

Sekadar mengimbas, perkenalan antara Maya dan Yusry bukanlah baru kerana mereka pernah digosipkan pada 2001 ketika digandingkan sebagai penghias muka depan satu majalah dan sama-sama berlakon filem Mr Cinderella 2 yang turut dibintangi Erra Fazira.

Ketika itu, Yusry bercinta dengan Erra dan mereka berkahwin begitu juga Maya, tetapi berhubung semula apabila kedua-duanya kembali solo.

??

hah dah berbisik2 tu macam ada ape2 je … ;p

?? Sumber : MyMetro

Ummi Hanie

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *