MAUT Itu Pasti !

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum ?

Semoga semua sihat2 belaka ye.

Haih jarang2 sangat saya bukak lappy pagi2 hari macam ni, apatah lagi blogging.

Tapi pagi ni encik hubby bukak lappy sebab nak letak gambar ‘spesel’ kami masa di wad minggu lepas, makanya terbabaslah saya melayan blog, FB dll.

Oh, hari ni pun  dah Hari Jumaat. So apa kata saya buat je terus entri berbentuk RENUNGAN yang menginsafkan. Tak banyak, sikit pun jadilah. Ya, MAUT ITU PASTI. Setiap yang hidup pasti dan pasti akan merasai MATI.

Pagi2 ni browsing blog kawan2, di blog Kak Masayu Ahmad dah ternampak berita kematian pelakon/pelawak/DJ radio terkenal, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Sebelum ni heboh diperkatakan beliau terkena virus kencing TIKUS. Rupa2nya beliau terkena serangan DENGGI BERDARAH. Semua tu ketentuan Allah…

Arwah Din Beramboi…

Bagi saya, lawak arwah ni memang menjadi, bukan lawak bodoh. Bisa membuat saya ketawa terbahak-bahak terkekeh-kekeh sampai susah nak berenti dibuatnya. Dalam lawak2nya tu, alhamdulillah beliau seolah2 diberi ‘petunjuk’ akan ajalnya. Boleh baca DI SINI . Semoga arwah sempat bertaubat sebelum ajalnya….

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir. Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi. “Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,” katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan

Arwah meninggal pada hari Jumaat ! Suatu berita yang agak baik, insyaAllah. Mudah2an… Kata orang, kalau kita lahir hari Jumaat, meninggal pun hari Jumaat. Eh, saya pun lahir hari Jumaat la ! Mudah2an meninggal pun nanti hari Jumaat juga. Amin…. Kenapa beriya2 nak hari Jumaat ? Ada kelebihannya yang sangat istimewa….

Rasulullah SAW ada bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, diangkatlah daripadanya akan azab kubur.”

Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain, maksudnya:

“Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan oleh Allah baginya pahala syahid, dipelihara daripada seksa kubur, dengan syarat dia beriman.”

Amin. Amin. Amin !

Credits to Bro Framestone untuk hadis dan pic ini. ;)

Silalah GERUN melihat ini . *kalau tak rasa apa2… sumthing wrong le tu…
p/s : Eh saya masih ‘berhutang’ entri bertemu KERABAT DIRAJA PERAK tu kan ! InsyaAllah next yer coz saya utamakan entri keinsafan ni dulu… pehh !

8 comments

  • >takziah utk keluarga arwahajal dan maut tidak terduga dan dijangkaorg yg sihat tiba2 blh meninggal jika nk dibandingkan dgn org yg sudah lama sakit dan terlantar uzurapepun, semuanya ketentuan Allahtrima kasih sis, atas entri renungan nibtw, sy pun lahir hari jumaat,haha

  • >Allah lebih menyayangi beliau

  • Yan

    >betul tu hanie.meninggal hari jumaat.. byk rahmatnyer

  • >penaberkala : ye sama2 kita ingt mengingati … Nabi pun suruh kan..ajal tak kenal sesape , umur brape..glamer ke idak…yg penting buatlah amal kebaikan..betol tak?eh same ye lahir jumaat kite . semoga akhir kita pun jumaat jugahans : mudah2an …tu yg sis kata kat kwn sis , maybe Allah lebih sygkan dia n tak mau dia terjebak lg dlm dunia hiburan ni..yan : yeppp kak yan..lama xnmpk..haha..aah byk rahmat ari jumaat ni , penghulu hari katakan..

  • nza

    >kak nza trperanjat gak di awal pg bila terima sms ttg din beramboi ni..biasanya pg2 masa drive nk g kerja mmg slalu la dok senyum sumbing dngar lawak arwah ni..Al-Fatihah.

  • >tu le kak nza..kematian ni mmg mengejutkan..semoga kita semua dikejutkan dgn kematian yg baik..husnul khotimah..amin…

  • TK

    >Saya masih lagi terkejut dgn pemergian Din Beramboi..Tiap2 pagi2 sebelum pegi keje saya blogwalking sambil dgr jokes dia sbb kebetulan ada radio di sebelah desktop.. Saya jarang dgr radio and x reti nak tukar2 stesen. masa tu je la saya dgr jokesnya yg spontan tu..

  • >TK , ramai jugak yg enjoy dgr riuh pagi era DB tu..tp me x penah dgr,kalo ada pun scr xsengaja sbb skrg dah jarang amat dgr radio..hmm..dtas y i said , lawak dia mmg kelakar kan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *