Mangga Runtuh bukan durian runtuh

mangga muda buat jeruk mangga asam boi

Stok buah mangga tengah menggila banyaknya.

Menggilalah sangat. eheks

Pokok mangga depan rumah ni seakan menyambut perpindahan kami.

Masuk rumah baru ni, pokok mangga tu dah start berbunga-bunga cinta.

Hatiku pun apa lagi…. berbunga-bunga kegirangan.

Peminat mangga beb.

Takyah beli dah laaa lepas ni unless buah mangga habis musim n then tetiba mengidam.

Tapi ni nak cerita kisah “Mangga Runtuh” dari pokok jiran kami.

Mungkin dahannya dah rapuh, buah pulak melebat… cukup masa runtuh le jawabnya.

Makanya kenduri buah manggalah kami… syukur je la kan ;)

jeruk mangga asam boi

 

Penuh sebakul kuning tu anak-anakku kutipkan.

Tak cukup lagi ditambah dengan jiran tu sendiri kutip lagi dan beri pada kami.

 

Dalam kepala ni terussss teringat Jeruk Mangga Asam Boi.

Google² resepi yang kesemuanya hampir serupa, bahan pulak dah cukup…

Tunggu masa je nak kerjakan buah² mangga muda ni.

Ada yang merekah dan hampir masak. Try rasa, sedap juga.

 

Saya jenis bukan peminat mencolek² mangga muda ni.

Even tengah mengandung. Pun tak pernah teringin colek mangga muda.

Tapi kalau jeruk mangga asam boi ni macam dah sampai seru jer sebab sebelum ni masa tengah fenomena satu malaysia sibuk tayang jeruk mangga asam boi, saya tak heran pun. huhu ~

 

Mangga pokok kami Besar² dabak saiznya. Rasa pun sedap.

Hari tu gugur sebiji dua. Kuperamla beberapa hari… dah lembut kupotong nak rasa mangga pokok rumah sendiri. Terujaaaa gitu. Fuhhhh sedap ! ALHAMDULILLAH syukur atas segala  nikmatNYA.

22 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *