Mandi kolam, mandi laut dan berkuda di pantai Batu Ferringhi

Salam bahagia readers.

Tak habis-habis lagi bercerita tentang percutian di Batu Ferringhi ni. Harap tak jemulah… Sebab sayang kalau tak diabadikan kenangan indah² bersama suami dan anak². Kali ini tentang apa ya?

Apa lagi budak² punya kesukaan kalau bukan bermain air! Mandi kolam tu dah macam acara wajib setiap kali pergi ke hotel² yang menyediakan kolam renang. Betull tak wahai ibu² dan bapak² yang dah berpengalaman menginap di hotel sambil bawa anak? ;)

Di dalam kolam cuma kakak, abang, onie dan zaid. Baby Huzaifah tidak dilepaskan sebab ummi dan abahnya tak join mandi sama. Tengok dari kerusi tepi kolam je lahh….

Nah gambar besor² Bee… hiksss~

Kami tak menginap di Hotel Parkroyal kali ini macam 2 tahun sudah. Tapi menumpang mandi kolam jer… boleh? ;) Boleh laaa labu…. Hotel ni 5 bintang memang sangat cantik tapi apa tau kelemahan hotel 5 bintang? Kelemahannya takdak bulan…. Hahahhaa… Taklah, gurau saje. Kelemahannya bilik air tidak ada paip air, cuma tisu saja disediakan ye. Jadi agak kurang selesa bagi orang² muslim. Itu yang tak berapa gemor tu… Lagipun hotel ni dah penuh, kami menginap area berdekatan situ juga. Encik suami berulang pergi conference pun dekat je.

mandi kolam

Jelesss okayy tengok kanak² riang je mandi. Mak² ni memendam rasa saja. Ahakss~

mandi kolam

Anak² saya ni dibenarkan mandi-manda di kolam renang kanak²/bayi sahaja, kecuali kakak seorang saya lepaskan mandi di kolam dewasa sebab dia dah tinggi sikit.

mandi kolam

Merah² mata dah tu. Janji bahagia ~

parkroyal 2010

Ini gambar kenangan 2 tahun sudah….

huzaifah

Mujurlah Ummi ada si comel ni sebagai teman… taklah kesunyian sangat. Ingat lagi gambar saya memeluk Zaid yang kesejukan lepas mandi kolam 2 tahun sudah di sini… Cepatnya masa berlalu….

huzaifah

Jaga-jaga… dia dah mula bangun dari tempat duduk….

huzaifah

Ini bukan di tepi kolam. Huzaifah dah mula bosan tadi kan, so saya bawa dia tengok tepi pantai pula. Nampak di belakang tu? Paraglider! Teringin giler saya nak naik benda tu. Waahhh~ Tapi agak mahal, RM80 seorang. Boleh naik dua orang sekaligus terbang² ;)

huzaifah

“Ummi….. tak aci… saya pun nak mandi juga….” gitu agaknya yang Huzaifah nak kata :p

Okay ini cerita hari kedua. Hari pertama hanya si Abang seorang je yang mandi kolam ketika kami makan tengahari di dalam hotel. Makan percuma…. :)

Hari ketiga tanpa dirancang, anak² merasa mandi laut walaupun sebentar… Hari pertama dan kedua tak dapat sebab bila petang je hujan. Pagi hingga tengahari pula kami hanya melepak dalam bilik penginapan. Suami sibuk conference, saya pula tak larat nak handle sorang diri. Lagipun kena berjalan melintas jalanraya untuk ke pantai, jadi tangguhkan dulu hasrat bermain di tepi pantai @ bermandi-manda.

pantai batu ferringhi

Tiada gambar dekat dan jelas untuk mandi laut ni… sebab saya sibuk bermain air dengan anak-anak lepas berkuda ;)

Ye… tak disangka-sangka kami merasa pengalaman baru menunggang kuda. Bayarannya RM30 sekali naik untuk seorang atau dua orang. Saya menunggang kuda dengan Onie, Kakak dengan Abang. Encik suami, Zaid dan Huzaifah sekadar jadi pemerhati ;)

horse-riding

horse-riding

Si Abang Ukasyah macam geli² pada mulanya… :)

horse-riding

horse-riding batu ferringhi

First time ever naik kuda weihhh…. geli-geli juga mulanya. Baru tau bezanya tengok orang naik kuda dengan naik kuda sendiri. Tersenget-senget duduk dibuatnya. Asalnya bermati-matian saya taknak naik, tapi suami pujuuuuk juga suruh naik. Kuturutkan jua ~

Tips untuk menunggang kuda? Erm ekceli bukan menunggang pun, kami sekadar duduk atas kuda sambil dipimpin oleh ‘caretaker’ kuda tersebut… Jalan-jalan around 400 metres total ulang-alik. Malu sehh orang tengok je :p .

Menurut lelakiidaman.com,

Perkara pertama yang perlu diberi perhatian semasa menunggang kuda ialah penunggang perlu memastikan panjang tali pemijak kaki bersesuaian dengan keselesaan penunggang. Cara yang tepat mengukur kesesuaian panjang tali pemijak kaki ini ialah dengan mengukurnya di bawah lengan. Jika bahagian bawah mencapai besi pemijak berada tepat di bawah lengan maka panjang tali ini dikira sesuai digunakann semasa menunggang.

Semasa penunggang berada di atas kuda kedudukan penunggang perlulah duduk dan menegakkan badan. Ini bagi membantu kuda menetapkan keseimbangan dirinya dan bergerak dengan selesa. Sekiranya kedudukan penunggang tidak berada dalam posisi yang betul pergerakan kuda mungkin terjejas dan tidak lancar kerana cuba memastikan penunggang tidak terjatuh.

Baca lebih lanjut tentang tips menunggang kuda [klik sini]

Patutlah saya rasa macam tak stabil je kedudukan saya di atas kuda semasa ia berjalan, sebab saya asyik memandang ke bawah, sepatutnya memandang ke hadapan supaya kedudukan kita menjadi seimbang dan stabil.

horse-riding

Kelakar tau si Zaid takut² tengok kuda. Berpaut je kat seluar abahnye.

Kalian pun mesti cuba pengalaman menunggang kuda ni ye. Bestlah jugak… Feeling ala² puteri raja @ Fantaghiro la sikittt…. Ok bye !

Incoming search terms:

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *