Malang nasib anak-anak terbuang

 

Salam w.b.t.,

Dah beberapa hari bertangguh nak cerita benda ni . Tentang nasib “anak-anak” malang ni . Kira macam kes buang bayi jugalah , dan lebih menyedihkan , berlaku di rumah saya sendiri ! Oh noooo ~

 

“Anak-anak malang” ini bukannya 1 atau 2 tapi 4 sekaligus yer … Kelmarin masih hidup tapi semalam sudah jadi seakan-akan begini ;

 

Sedey tau … tak sanggup nak snap gambar yang real walaupun …. mereka hanyalah anak-anak kucing ! Mujurlahhhh anak kucing , kalau betul² anak orang macam dalam gambar tu , tak ke naya ??

 

Begini ceritanya ………….

3 hari sudah , tatkala saya merajinkan diri menyiram pokok di laman rumah , tiba-tiba muncul seekor kucing hitam dewasa . Terkejut i . Gamaknya dia lagi terkejut sebab kena siram air kot . Dalam masa yang sama , saya terdengar bunyi mengiau anak kucing . Dalam hati kuberkata ; ” Ini bunyi anak kucing baru lahir ni gayanya” . Cari punya cari , tak sangka ada di tepi pasu besar di laman rumahku yang baru kusiram tadi . Kesian anak-anak kucing tu , basah lenjun !

 

Macam tikus pun ada sebab baru sangat lahir …. kecik bebenor . Dan inilah first time saya jumpa anak kucing yang masih tergantung-gantung urinyer … euww ~

 

Oleh kerana kami dah takde simpan kotak , makanya saya masukkan saja mereka dalam sebuah bekas – bekas aiskrim jer . Kesian jugak bersesak² 4 ekor dalam tu tapi apo nak buek … itu ajo yang den ado .

 

Kupanggil anak²ku yang bertiga tu tengok pendatang² baru ni . Tapi  saya serius memang tak nak bela walaupun sejak azalinya memang saya sukakan makhluk bernama kucing ni . Sejak dah berkahwin dan beranak-pinak ni,langsung tak teringin nak membela apa-apa haiwan pun . Kesian tu memang kesian , tapi biarlah ibu kucing ni cari anak²nya dulu .

 

sesi mengerumuni "pendatang baru"

Well , selang 2 hari kubiarkan anak² kucing tu di luar jagaan , sambil mengharap yang ibu mereka akan kembali mendapatkan mereka , dan menjaga mereka . Saya hanya memantau saja . Dah dicuba beri susu dalam piring , tapi nampaknya mereka masih tak reti nak minum sebegitu rupa . Iyelah , mereka masih bayi newborn ! Kesian nengoknye :(.

 

Dalam hatiku , terdetik juga rasa bersalah sedikit sebanyak . Adakah sebab saya tersiram mereka , ibu kucing tersebut serik nak datang semula mendapatkan anak²nya ? Manalaaa saya tahu mereka duduk di tepi pasu tuu … Kalau tau , dah tentu saya tak siram mereka sewenang²nyer …. Patutke saya membela mereka hingga sihat dan besar sedikit ? Saya memang tak sanggup nak bela² apa saja haiwan peliharaan di rumah . Serba salah jadinya . Nak marahkan ibu kucing tu , ia bukannya manusia yang ada akal ! Huhuhuhu …. ~

 

Akhirnya , semalam …. ajal mereka sampai jua setelah langsung (mungkin) tidak mendapat sebarang makanan (susu ibu) . 2 ekor mati kelemasan dalam longkang , dan 2 ekor lagi mati kekeringan . Sedihhh melihatnya …. Semoga Allah ampunkanku .

 

Incoming search terms:

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *