UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. Annisa Health Beauty. HAUS Cosmetics

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Makanan-makanan yang patut diambil dan dielak oleh ibu hamil yang anemia

Posted on June 18, 2013June 25, 2014 by Ummi Hanie

Saat-saat kehamilan adalah antara saat terindah dalam diari hidup seorang yang bergelar wanita. Walaupun banyak jerit perih ditanggung, tapi ia tetap akan menjadi kenangan manis. Tambah² lagi setelah si kecil yang membesar selama 9 bulan di dalam perut itu telah keluar menjengah ibu dan ayahnya. Oh bahagia sekali :)

Sebut tentang jerit-perih kehamilan, antara masalah yang sering dialami oleh ibu hamil ialah masalah ANEMIA atau KEKURANGAN HEMOGLOBIN dalam darah. Bahasa Melayu mudahnye orang sebut “kurang darah”.

anemia ketika hamil
kredit imej: http://www.medindia.net/patients/patientinfo/anemia-in-pregnancy.htm

 

Bagaimana untuk mengatasi masalah anemia ketika hamil?

Antara solusinya ialah melalui pengambilan makanan.

Makanan-makanan yang patut diambil dan dielak oleh ibu hamil yang anemia

 

makanan untuk ibu hamil anemiaMakanan-makanan yang patut diambil oleh ibu hamil yang anemia ialah;

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka

 

 

Makanan-makanan yang patut dielak oleh ibu hamil yang anemia ialah;

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine

 

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi.”

– kredit info

 

Pengalaman sendiri mengalami Anemia ketika hamil

Memang sejak hamilkan anak sulung lagi, saya sudah mengalami anemia, begitu juga dengan kehamilan² seterusnya. Dek kerana itu, saya sering merasakan beberapa simptom anemia seperti kelesuan, kurang stamina, sakit kepala, pucat dan cepat pitam. Salah satu suplemen yang doktor sering bekalkan ialah Ferum yang berunsurkan zat besi.

Kehamilan kali ini pun sama juga, cuma belum didiagnos secara rasmi. Tunggu next appointment dengan klinik pada bulan depan, insyaAllah.

Biasanya bacaan Hb (kadar hemoglobin dalam darah) saya ketika hamil ialah di bawah paras normal atau betul² di garisan sempadan, iaitu 11gr%. Seeloknya lebih tinggi dari itu.

 

Incoming search terms:

  • makan cuka ketika hamil (15)
  • makan cuka semasa mengandung (14)
Tweet
Fb-Button

25 thoughts on “Makanan-makanan yang patut diambil dan dielak oleh ibu hamil yang anemia”

  1. Norfanil says:
    June 18, 2013 at 7:07 PM

    bagus info ni..
    ingat leh hentam je makan..
    almaklum la..sy jenis makan semua bnde…
    mujur tak kahwin agi.. hahaha…

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 19, 2013 at 2:55 PM

      owh.. single n available yer norfa…

      gitulah… bila dah kawin, hamil dsb. ni mesti ada pntg larang dlm pemakanan ;)

      Reply
  2. sweetkurma says:
    June 18, 2013 at 8:24 PM

    hihi dah hampir 18 tahun tak hamil
    cuma baru2 ni jer kena berpantang macam orang lepas bersalin tapi biasalah akak ni kejap jer huhu

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 19, 2013 at 2:56 PM

      lama dah bersara tuuu kak ct… ada teringin nak tmbh lg ke? ;)

      ok kak, take care yer.. yg mana boleh pantang tu, pantanglah sikit2… akk kan nak kena jaga biz akk yg makin maju ;)

      Reply
  3. Mama Murai says:
    June 19, 2013 at 12:22 AM

    jangan lupa makan ubat dan vitamin b kompleks yang diberi oleh KKIA tau… Ubat-ubatan tu banyak membantu.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 19, 2013 at 2:57 PM

      yup MM… yg tu insyaAllah sy tak miss unless terlupa… haha~

      Reply
  4. D_08 says:
    June 19, 2013 at 11:09 AM

    memang bagoih info ni cik Ummi Hanie…… awok ambik…mane le tau kot2 mem awok lekat….Insyallah…. teringin nak tambah baby…tapi rezeki takde lagi….

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 19, 2013 at 2:59 PM

      mmg awok harap ramai dpt share info ni… sbb sendiri dah m’alaminya…

      awok doakan org ghumah mike ‘lekat’ le sat2 lagi.. hehe ;)

      Reply
  5. suriaamanda says:
    June 19, 2013 at 11:45 AM

    SA dah 8 tahun x hamil..i miss all my preggy moment…bila la SA nak dapat rasa pengalaman preggy lagi…

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 19, 2013 at 2:59 PM

      dah puas rehat rasanya ye SA…

      insyaAllah… cuba, ikhtiar, doa… :)

      Reply
  6. puanbee says:
    June 19, 2013 at 1:05 PM

    cuka ? paling tk reti nak makan cuka … walau dlm masakkan ..dah tk lah tk de selera makan , nak elak lg susah la huu

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 19, 2013 at 3:01 PM

      nis pun x suka juge sebenornye…

      tp cuka ni pemakanan sunnah… nnti nis ajor cara makan cuka yg sedap ;)

      Reply
  7. izan ishak says:
    June 19, 2013 at 3:11 PM

    perkongsian info yg bagus ni hanie.

    hanie, nanti ajar kak izan juga camna nak makan cuka sgn cara paling sedap ye.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 20, 2013 at 10:47 AM

      thanx kak izan…

      ye insyaAllah nanti hanie ajar cara makan cuka cara sedap tu :)

      Reply
  8. syamila says:
    June 19, 2013 at 4:08 PM

    makanan yg patut dielak tu mmg kak sya tak makan pun….tak teringin langsung…tengok pun dah rasa loya…hehehe

    husna dah 10 bulan…tetipa teringin nak pregnant lagi…ahaks…

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 20, 2013 at 10:48 AM

      baguih la kak sya… terpelihara gitu…

      aik, teringin nk peknen lg ke? boleh je… join grup kami thn ni sempat lg kot ;)

      Reply
  9. PerenLee says:
    June 19, 2013 at 4:09 PM

    Setahu saya Anemia ni boleh menyebabkan keguguran..betul ke?

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 20, 2013 at 10:48 AM

      ada juga kedengaran begitu… mintak simpanglah..

      Reply
  10. sicantikmatahari says:
    June 19, 2013 at 6:28 PM

    bayam? kenapa xboleh bayam yer? setahu ema bayam ada zat besi bayam merah baik di makan kalo hb low ni .. ema mengndung ke-3 2 ank.. hb low sampai 8. tulisan dalm buku pink tu sokmo pen dakwat merah la.. hehehe.. tapi dgn usaha bykkan makan daging, bayam merah, pil yg KKIA beri alhamdulillah ketika kelahiran bb hb 11. kira ok ok la.. ;)

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 20, 2013 at 10:50 AM

      cantik je pen merah kan Ema… haha… samelah kiter…

      tu yg pelik sikit tu nape bayam tersenarai pulak… semua tu hasil rujukan saya…

      dan setahu sy, bayam elok utk tambah susu badan

      Reply
    2. hafizmd says:
      June 22, 2013 at 11:56 AM

      aaaa..ada jugak yg tanya apa yg ambe nak tanya…rasa pelik jugak sbb masa wife ngandung anak 1st dulu, hb rendah, pastu makanlah bayam merah tu..alhamdulillah…naik…erm….

      pepun, terima kasih ummi hanie berkongsi info ni..lehla bookmarked dulu, kot2 nanti nak guna….hehehehe

      Reply
      1. Ummi Hanie says:
        June 22, 2013 at 3:29 PM

        sila2kan bookmark ye encik hafiz.

        takpa, nnti sy try tanya pada nurse atau doc di klinik utk next check up pasal bayam tu

        Reply
  11. Cik Puan Ida says:
    August 26, 2015 at 12:51 AM

    Pemakanan sihat sgt penting untuk ibu mengandung dan menyusukan baby.. detiksihat

    Reply
  12. imah says:
    October 25, 2015 at 8:41 PM

    Tentang makanan yang boleh tak boleh ne, baru dengar neh…sebelum ne entam ja makan huhu, tapi klu takut Hb low jgn lupa makan sume ubat yg misi bagi..isyallah Hb ok..

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      November 8, 2015 at 4:22 PM

      kalau tak pergi KKIA, boleh cari ubat/vitamin di farmasi contohnya utk HB low – ambil Eberet

      Reply

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker







La Beauty Glam Foundation 5 in 1

UmmiHanie pengguna setia La Beauty. Klik untuk pertanyaan/pesanan via Whtsapp

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 8
  • Page views today : 9
  • Total visitors : 286,621
  • Total page view: 823,562
© 2019 UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme