Makanan-makanan yang patut diambil dan dielak oleh ibu hamil yang anemia

Saat-saat kehamilan adalah antara saat terindah dalam diari hidup seorang yang bergelar wanita. Walaupun banyak jerit perih ditanggung, tapi ia tetap akan menjadi kenangan manis. Tambah² lagi setelah si kecil yang membesar selama 9 bulan di dalam perut itu telah keluar menjengah ibu dan ayahnya. Oh bahagia sekali :)

Sebut tentang jerit-perih kehamilan, antara masalah yang sering dialami oleh ibu hamil ialah masalah ANEMIA atau KEKURANGAN HEMOGLOBIN dalam darah. Bahasa Melayu mudahnye orang sebut “kurang darah”.

anemia ketika hamil

kredit imej: http://www.medindia.net/patients/patientinfo/anemia-in-pregnancy.htm

 

Bagaimana untuk mengatasi masalah anemia ketika hamil?

Antara solusinya ialah melalui pengambilan makanan.

Makanan-makanan yang patut diambil dan dielak oleh ibu hamil yang anemia

 

makanan untuk ibu hamil anemiaMakanan-makanan yang patut diambil oleh ibu hamil yang anemia ialah;

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka

 

 

Makanan-makanan yang patut dielak oleh ibu hamil yang anemia ialah;

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine

 

Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi.”

– kredit info

 

Pengalaman sendiri mengalami Anemia ketika hamil

Memang sejak hamilkan anak sulung lagi, saya sudah mengalami anemia, begitu juga dengan kehamilan² seterusnya. Dek kerana itu, saya sering merasakan beberapa simptom anemia seperti kelesuan, kurang stamina, sakit kepala, pucat dan cepat pitam. Salah satu suplemen yang doktor sering bekalkan ialah Ferum yang berunsurkan zat besi.

Kehamilan kali ini pun sama juga, cuma belum didiagnos secara rasmi. Tunggu next appointment dengan klinik pada bulan depan, insyaAllah.

Biasanya bacaan Hb (kadar hemoglobin dalam darah) saya ketika hamil ialah di bawah paras normal atau betul² di garisan sempadan, iaitu 11gr%. Seeloknya lebih tinggi dari itu.

 

Incoming search terms:

26 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *