Makan-makan di Kenny Roger’s Roasters

Ini bukan blog bertemakan makan-makan, akan tetapi nak selit jugak kategori makan-makan tu. HARUSSSlah kann… ;)

Kali ini bertempat di Kenny Roger’s Roasters. Seumur hidup kami, kali pertama makan KRR ni. Sambil celebrate birthday Ayid yang ke-3 pun iyer. Jalan-jalan di AEON, terkesima juga tengok lambakan restoran makanan segera. Sebut saja apa, semua ada. KFC, Pizza Hut, Secret Recipe, Ayam Penyet, blablablabla. Akhirnya kami memilih Kenny Roger’s. SO…… apakah rasanya yer? ;)

kenny roger's roasters

bergambar dengan Uncle Kenny…. Potretnye sajelah ;)

 

Tak ingat la pulak ape ke nama set yg kami order ni… Tapi wajiblah ada ayam panggang tu sekor (dibelah empat), mash potatoes, 4 ketul muffins, sepiring salad, 2 mangkuk nasi.

Macammana rasanya? Welll… dengan tagline “Less Fat, Less Salt, Less Calories” apa yang kita dapat faham? Yess…. memang mashed potatoes nya taklah seenak macam KFC punya. Kurang bahan perisa mungkin. Kesimpulannya makanan/menu di KRR ni insyaAllah sihat² belaka…. Makan punya makan, tak habis juga… tapaulah jawabnya. Nak tahu? Esoknya saya makan ayam tu, lagi sedap rasanya berbanding di restoran tu… wonder why… ;) Maybe bahan perapannya dah sebati lagi kot…

aksi si “kembar” dalam troli spesel AEON ni :)

Sekian dulu update ringkas + food review dari saya…

Incoming search terms:

19 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *