Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Mak sudah pergi tak kembali

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Mak sudah pergi tak kembali

Ya Allah beratnya nak up posting ni. Sedar tak sedar dah 4 bulan arwah Mak kembali ke Rahmatullah. Mohon kalian sama-sama sedekahkan Al-Fatihah, moga hidup kalian diberkati selalu. Terima kasih…

UH khabarkan secara am saja di sini dulu ya. Kemudian nanti baru cerita details sikit rentetan pemergian arwah emak tersayang.

UH anak bongsu yang sangat rapat dengan arwah Mak. Dan Mak juga agak manja dengan UH dan suami UH. Alhamdulillah Allah beri peluang sebegini untuk kami berkhimat kepada Mak sebelum meninggal dunia.

Arwah Emak dah lama ada penyakit kencing manis / diabetes. Disusuli pula dengan penyakit jantung. Ini entri pembedahan pintasan jantung [klik pautan untuk baca]. Sejak tahun 2010, kesihatan Mak dah mula merosot. Sampai arwah Abah bawa Mak pindah dari Ipoh ke Parit Buntar semata-mata untuk tinggal dekat dengan kami.

Episod hidup mak di Parit Buntar, memang selalu tak sihat. Bermula tahun 2015, Mak dah mula kena jalani rutin mencuci darah / dialisis 3 kali seminggu akibat buah pinggang yang sudah rosak. Semua ni ada kaitan dengan penyakit diabetes dan juga jantung. Mak akur saja demi untuk kesihatan.

Biasalah, hayat hidup pesakit dialisis tidak akan lama mana. Akhirnya pada 20 April 2019, Mak pergi buat selama-lamanya. Sebelum itu, 16 hari Mak terpaksa duduk di Hospital Taiping, berpunca dari demam panas tak turun-turun. Kami syak berpunca dari tapak dialisis di leher mak yang sudah luput masanya. Jangkitan kuman dah merebak ke paru-paru.

Dipendekkan cerita (kemudian baru UH cerita details sikit ye rentetan kisah sedih Mak di hospital sampai ke ahir hayatnya di rumah), Mak minta sangat nak balik ke rumah, dan kami anak-anak akur dengan permintaannya. Doktor juga dah beri kata dua. Paham-paham je lah ye maksudnya. Malam kedua Mak balik ke rumah, Mak pergi dengan aman.

Sedih tu tak payah cakaplah. Dahlah UH kehilangan Abah, ini kali Mak pula. Syukurlah masih ada suami dan anak-anak di sisi. Juga mentua.

ALFATIHAH

Allahyarhamah Hjh. Muntirah Bt. Abdul Hamid (1946 – 2019)

Allahyarham Hj. Fadzil B. Mohd Yusoff (1938 – 2015)

 

One Response

  1. Olaoli says:

    innalillahiwainnailahirojiun..semoga arwah ibu dan bapa puan berada dalam golongan beriman..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *