Mak Cik N yang baik dah meninggal dunia :(

Bismillahirrahmanirrahim………

Entri yang a bit sad. .

Wel ….. Kita mesti meredhai Qadha’ dan Qadar yang telah Allah tentukan.
Hidup mati kita di tanganNYA.
Semua orang, semua makhluk, bahkan tiada satu ciptaan Allah pun yang akan terlepas daripada MAUT.
Kita hanyalah sekadar pinjamanNYA di dunia yang fana ini.

Perasan tak kalau kita dengar berita kematian tu , mesti ada 2, 3 berita sekaligus kan ?
Baru pagi tadi, 2 org warga USM accident tak jauh dari pintu gerbang utama USM. Kereta langgar motor. Penunggang motor tu mati di tempat kejadian. Innalillah.

Maghrib tadi, mak saya telefon dan inform tentang kematian seorang sahabat lama kami, Mak Cik N. Beliau meninggal dunia akibat kanser payudara. AL-FATIHAH. Dah beberapa bulan dengar khabar dia tak berapa sihat, dah sah menghidap kanser tapi tak ada rezeki nak bertemu. Dengar khabar kali ni pula, dah meninggal dunia. Innalillah…. Allah lebih sayangkan beliau…… Bertemulah dengan suami tercinta di alam ‘sana’. Arwah suami beliau juga menghidap kanser, kanser paru2 tak silap saya dan meninggal dunia 8 tahun sudah. Tak lama sebelum saya dan suami bernikah . Mak Cik N berpindah ke Terengganu lepas itu untuk meneruskan hidup di kampung sendiri . *saya rasa agak terkilan sebab tak dapat carik beliau di Terengganu tempoh hari masa kenduri kawin adik ipar !! :( * Arwah suami Mak Cik N juga seorang yg sangat baik. Beliau juga meninggal dalam keadaan yang sangat baik. Semasa akhir2 hayatnya, beliau sentiasa membaca Al-Quran. Beliau tak boleh bercakap2 lagi dengan orang di sekelilingnya tapi Allah beri dia kemuliaan dengan kebolehan membaca Al-Quran ketika dah hampir2 nak meninggal dunia. Subhanallah…

Sambung balik kisah Mak CIk N. Mak Cik N seorang yang sangat saya sukai dan kagumi. Wajah dan pertuturannya begitu lembut. Tak pernah sekalipun saya terdengar beliau memarahi anak2nya yang masih kecil dan agak nakal ketika itu , jauh sekali menengking/meninggi suara. Sangat lembut, baik hati orangnya . Betullah, orang baik2 ni Allah sayang, anak yang paling kecil dah berumur 8 @ 9 tahun paling kurang. Setianya beliau dengan arwah suaminya, sampai ke hujung nyawa tak bernikah lagi dengan orang lain. MasyaAllah… Kalau diikutkan, boleh sangatlah kalau nak menikah lagi,memandangkan bebanan menanggung anak2 yang ramai. Beliau terpaksa bekerja sebagai seorang kerani di sebuah institusi kerajaan. Mak Cik N, saya sayang awak . :(

Saya banyak bergaul mesra dengan Mak Cik N ketika zaman anak dara. Mula2 saya kenal beliau, umur saya baru 12 tahun (back in 1996) . Pada tahun 2001 atau 2002 arwah Mak Cik N dan anak2 pindah ke Terengganu. Tak sempat beliau datang kenduri kahwin saya. Tak apalah. Kami semua memang simpati dengan nasib beliau anak beranak. Alhamdulillah dengar khabar hidup mereka elok2 saja di kampung. Mak saya sempat pergi ziarah MAk Cik N yang pada masa tu baru saja siapkan rumahnya sendiri. Banglo tu, hasil wang peninggalan arwah suami. Seronok mendengarnya.

Last sekali saya jumpa dia ialah lepas 6 tahun berkahwin dan ada anak 2 orang, masuk 3 masa tu (tengah baru2 mengandungkan Munirah). Abah saya terlantar sakit di Hospital Besar Terengganu/Hospital Permaisuri Zahirah. Mak Cik N sempat meluangkan masa ziarah kami ketika di sana. Sejak lepas kawin, itulah pertama kali saya berjumpa semula dgn beliau dan… itu jugalah kali terakhir kami berjumpa !

Ok saya dah mula menitiskan air mata ni. Tskkk tskkk .. ‘ -_-
Cukuplah dulu sedikit bingkisan memori bersama Mak Cik N yang saya kagumi dan sayangi. Walaupun kita hanya sempat bertemu dan bersama sebagai kawan di dunia ini, tetapi ukhuwwah ini insyaAllah akan berkekalan sampai ke Akhirat. Saya yakin, insyaAllah roh Mak Cik N ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan solehah . Dan dapat kembali bersama2 suami tercinta . Amin ~

 

Rasulullah SAW bersabda :Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya. (Hadis riwayat al-Tirmizi)

p/s: Tujuan Allah SWT mematikan manusia:

Menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada setengah kita yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.


Membuktikan bahawa Allah SWT berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat, masa dan ketika.


Menyedarkan manusia dari lalai dan lupakan Allah serta hari kiamat lantaran kerana segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah.


Menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dan menjauhi kejahatan Menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sedangkan kehidupan di akhirat adalah lebih baik dan kekal.

* credits to Mutiara Hati

p/s/s : semoga Allah permudahkan kehidupan anak2 MakCik N yang seramai 7 orang tu. Sekarang sudah yatim piatu. Alhamdulillah tiada yang masih bayi/kecik lagi. Masing2 dah boleh jaga diri insyaAllah .

13 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *