Lupa di usia muda ?

Pernah tak korang hadapi situasi macam ni ;

Seseorang kenal dan tahu nama kita tapi kita langsung tak boleh nak recall siapa orang itu …

Tragis sekali rasanya kerana ianya berlaku pada diri saya buat ke sekian kalinya. Daku tidak rela disahkan sebagai salah seorang pesakit Alzheimer … Umur pun tak sampai 30 lagik. Alzheimer ni kan untuk warga tua saja … huhu.

Begini ceritanya …

Pagi tadi akhirnya saya dipertemukan dengan hamba Allah ni ketika membeli kuih untuk sarapan pagi. Dialah yang sampaikan salam kepada saya ketika encik hasben ziarah ke rumahnya untuk jamuan doa selamat. Masa encik hasben sampaikan salam tu, saya langsung tak boleh recall siapa hamba Allah ni. Heran jugak … macammana dia boleh kenal saya , tapi saya langsung tak boleh recall dan kenal dia ?? Siap sebut nama saya lagi ! So pagi tadi dapat juga saya bersua muka dengan hamba Allah itu . Dan … memang ! Memang saya masih tak boleh recall memori saya ni. Walaubagaimanapun begitu,saya sambut je sapaan beliau dengan  ramah dan supan. Iyelah,takkan nak menyombong pulak … Hal saya baru bersalin anak ke-5 pun beliau tahu … huhu. Pelbagai kemungkinan dalam kepala saya ni keluar … adakah begitu..adakah begini …

Nak kata saya ni femes sangat … jauh sekali lah. Saya ni jenis suka diam di rumah.Bukan bermaksud tak suka bersosial , tak mahu berjiran dan sebagainya … Kekangan anak kecil agak membataskan pergaulan dan pergerakan saya. Untuk urusan penting dan memaksa saja barulah saya keluar rumah. Bagus jugak,dapat elakkan diri dari operasi ‘menganyam ketupat’. Hahaha ~

Ok berbalik kepada topik asal. Topik pelupa. Saya tau saya ni memang spesis pelupa.Genetik mungkin… sebabnya saya dah saksikan sendiri penyakit ini ada dalam keluarga saya. Tapi,pelupa² saya ni pun taklah sampai lupa kawan semua tu. Nak cerita macammana pun susah. Tapi yang saya tahu , penyakit pelupa atau bahasa saintifiknya Alzheimer ni memang ada dalam genetik manusia. Jeng jeng jeng …

jgn jadi sampai mcm ni sudah ...

Ini adalah penawar semulajadi bagi penyakit pelupa ;

– Buah anggur hitam
– Madu lebah
Halia
– Buah badam
Susu
– Air zam zam
Kismis
– Jus karot & madu
– Epal
Kurma
– Ikan tuna
– Tempe
Air soya

Font yang diwarnakan merah itu ialah yang selalu @ hampir selalu dimakan… Ok le tu kan ?

Tapi … nak judge diri sendiri berpenyakit Alzheimer adalah sadis … Setakat pelupa tu bolehla diterima lagi. Boleh baca artikel ni : Top Ten Alzheimer’s Signs and Symptoms .

Dan ini definisi penyakit alzheimer ;

Penyakit Alzheimer (PA) adalah penyakit otak yang berlanjut secara perlahan yang dikarakteristikan oleh gangguan memori dan secepatnya oleh gangguan-gangguan pada memberi alasan, merencanakan, bahasa, dan persepsi. Banyak ilmuwan-ilmuwan percaya bahwa penyakit Alzheimer berakibat dari peningkatan produksi atau akumulasi dari protein spesifik (beta-amyloid protein) di otak yang menjurus pada kematian sel syaraf.

Kemungkinan memperoleh penyakit Alzheimer meningkat secara substansial setelah umur 70 tahun dan mungkin mempengaruhi sekitar 50% dari orang-orang berumur diatas 85 tahun. Meskipun begitu, penyakit Alzheimer bukan bagian yang normal dari penuaan dan bukan sesuatu yang tak bisa dihindarkan yang terjadi di kehidupan kemudian. Contohnya, banyak orang-orang yang hidup sampai lebih dari 100 tahun dan tidak pernah mengembangkan penyakit Alzheimer.

Total Kesehatan anda.com

 

Jom ambik tahu peringkat² alzheimer pula ;

Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.

Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana.

Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.

Wikipedia

Oh ya , ada satu lagi jenis penyakit pelupa ni … Demensia @ Dementia . Dalam bahasa melayunya , nyanyuk. Mintak simpang ya Allah …

Baru² ni pun ada kes terlupa . Maybe,cuai je kot.Boleh pulak pagi nak orientasi tahun 1 tu saya baru terperasan yang uniform sekolah anak ni tak dibeli lagi.Perasannya macam dah beli,rupa²nya cashier tu tak kirakan sekali dan saya ni pulak lupa nak check sebelum keluar kedai ! Damn it … Mujurlah dapat suami yang bukan jenis hot-tempered.Kalau tak,habis kena ‘sembur’ dah . *mode : thankful :)

 

Incoming search terms:

25 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *