Libur-libur Medan,Indonesia: PART 2 (Final)

Bismillahirrahmanirrahim…

Oh untuk Part 1  saya terlupa ceritakan tentang kenduri akikah kawan encik somi di sana. Dia kirimkan 3 juta Rupiah untuk kos 2 ekor kambing beserta kenduri akikah baby boy barunya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pandai tukang masaknya memasak daging kambing. Langsung tak ada bau kambing yang hanyir2 tu. Saya sampai tak perasan yang itu adalah daging kambing. Ingatkan lembu.
salah satu aksi melapah kambing dicandid oleh encik somi
makhluk bernama kambing tanpa kepala !
oh kambing … inilah kepalamu … bertuah dikau tak dihisab di sana ..
kelihatan Pak Mija (kanan) sdg memerhati teman2nya melapah kambing

Kalian pun digalakkan buat akikah di sana atau di mana2 tempat/negara miskin. Kenduri akikah ini menjadi rezeki para pelajar hafizah di 2 pesantrean (madrasah) berhampiran rumah Kak Lira. MasyaAllah. Berkat sungguh. Anak2 saya pun pernah akikah di Indonesia ketika encik somi ke sana lebih kurang 2 tahun sudah. Memang puas hati sebab kita tahu yang makan tu adalah orang2 miskin yang tak berapa cukup makanan. Kalau di Malaysia ni makanan dah sampai tahap dibuang2 (bagi yang rasa diri tu kaya tak hengat la sampai kufur nikmat). Ya, memang ada orang2 miskin tapi kadangkala saluran tu entah ke mana2.

Ok berbalik pada story libur2an ya dong.
Hari ketiga yakni hari Isnin kami bertolak ke Danau (Lake) TOBA seawal jam 0430 pagi. Sebab perjalanannya agak jauh , memakan masa hampir 4 jam ! Pada mulanya saya tak ada la nak pergi sangat ke sana. Tak terlintas pun! Lagi saya fikir; ” Apa ada kat Danau Toba tu …. takkan pegi just nak tengok2 tasik/danau and then blah”. Hurmm… memenatkan badan jew. Udahnya saya turutkan je la pelawaan tuan rumah yang baik hati tu. Encik somi angkut anak2 ke dalam kereta dan kami pun bertolak dengan 2 buah MPV untuk 2 family. Selesa.

Kami solat subuh dalam perjalanan. Sampai2 di sana hari masih pagi. Nyaman sekali. Matahari baru mula nak keluar. Kami berpiknik di tepi curam beb ! Sambil menikmati pemandangan indah Lake Toba dari view atas.

yg berbumbung di bawah tu makam/kubur org kristian
siapakah yg memeluk Fizah itu ??
what a beautiful view ! subhanallah
Dah puas menghirup udara segarr dari atas bukit, kami pun turun ke perkampungan Danau Toba di bawah nun. Opss… sebelum tu berhenti solat dhuha dulu di Masjid Raya. Fuh. Kuat betul amalan agama mereka ni. Tabik siot.
view depan Masjid Raya, Danau Toba. cantik dindingnya disaluti jubin marmar
sebahagian daripada peserta2 bot kayuh
Muraaaah sangat sewa bot kayuh ni, sejam = Rp 10,00 je (+-RM3 !!)
so this is Lake Toba … very beautiful
mandi manda sambil bercanda … :p


cik abang yg kanan sekali tu paling takut air :p . ikut ‘peel’ sapelah ye ?

nampak belakang tu… pondok2 istirehat. hari bekerja ni best takde orang
“Dik Muni, biar abg Hassan temankan ya ?” adakah itu dialog mereka ? :p
“Biar abah yg temankan Muni ye?” – dialog yg direka2
lagi view sekitar Danau Toba…
dan lagi….
Zaid sempat menarik rambut ikal mayang kak Muni nya…
 
Zaid dalam rangkulan umminya…
inilah rupa bot kayuh kami dari jarak jauh
sebahagian daripada insan2 tersayang…
lepas salin baju dalam pondok…
the pondok again
Ok cukup2lah tentang Lake Toba. Seterusnya kami singgah solat Zohor dulu, lunch dan sambung perjalanan ke Kebun Hewan aka ZOO yg tidak jauh dari masjid tadi. Nama tempat ni Permatang Siantar.
seorang wanita ‘misteri bersama Muni menuruni tangga di zoo

 

lagi wanita ‘misteri berjalan bersama Muni…
             2 model kanak2 tak bertauliah … :p
bestnye zoo indon ni kita boleh feed haiwan macam rusa ni dengan rumput
biawak terbesar di dunia ! Biawak KOMODO. geli !
first time tengok secara live – harimau putih ! cantik ~
1st time juga tengok merak mengembangkan sayapnya yg chantekk !
minum air kotak berlatarbelakangkan sang zebra …
geram tau sama ini hewan !
Banyak lagi haiwan2 menarik, lebih kurang jugakla dengan zoo di Malaysia ni. Yang paling saya suka tengok kali ni ialah merak & harimau putih. :)
Then kami putuskan untuk balik. Perjalanan pun memakan masa lagi 2 jam lebih ni. Alhamdulillah la anak2 kami tak banyak songeh hari ni. Muni saja yang manja2 sikit minta diberi perhatian lebih. Tak apalah, kesian dia.
On the way balik nak sampai ke rumah, encik hubby tanya saya apa benda yang nak dibeli lagi untuk oleh2 family di Malaysia. Saya kata saya dah beli kelmarin. Tapi kami singgah juga di sebuah supermarket bernama Suzuya. Bukan Sizuka kawan Doraemon dan Nobita tu ye. Apa yang kami rembat?
        handbag merah ni untuk saya sendiri ……. :p
Usersbuku2 yg dirembat oleh encik hubby… selamat membaca !
Dan…  last but not least, esoknya di kedai souvenir di airport Polonia ketika nak pulang ke Malaysia.
posing depan kedai …
Abah dan Zaid tunggu jelah ye. Tak yah join
Ok tamat. Kesimpulannya holiday ini meninggalkan kenangan manis buat kami sekeluarga dan lebih bermakna lagi dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga kakak angkat di sana. Can’t believe that i have a kakak angkat !
p/s: Next fly2 – beraya di Singapore (kampung sebelah mak saya) . BEST raya sana !! ^-^

Incoming search terms:

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *