Lelaki kacak nak bawa melancong

Salam Isnin ! Monday blues kah? Jom kita halau ia jauh²… syuhhh… syuhhh ~

Alhamdulillah, saya berjaya menghalau monday blues pada pagi ini dengan memasak lebih awal dari biasa. Macam pelik je bunyinya kot. Hati pun dah aman tenteram, tak perlu fikir² risau² hal makan tengahari lagi. Hopefully cukuplah sampai ke malam, kalau tak kena goreng ikan lagilah. ;) Maklumlah, saya ni ibu yang sibuk dengan anak² kecik, jadi sangat tak suka duduk di dapur lama². Berinternet? Ok lagi sebab boleh dukung dan riba sambil breastfeeding lagi.

Dan untuk menghalau monday blues jauh² lagi, nak berstory pula benda yang membuatkan dalam hati ada taman. :) Lelaki kacak nak bawa pergi melancong. Lelaki kacak mana? Lelaki kacak merangkap suami sayalah. Hiksss… Alah, melancong dalam negara saje. Bukannya nak show off pegi melancong ke Eropah bagai. Tapi, itu pun memadai bagi saya dan anak². Dapat jalan², lari sekejap dari rutin harian mungkin dapat melegakan sedikit stress, merapatkan hubungan kekeluargaan juga menimba pengalaman di tempat orang.

tiket online Air Asia... now everyone can fly ~ ;)

Ini adalah kezutan terbaru dari lelaki kacak saya. ;) Asalnya nak ke Langkawi, ada tambahan pula yang Kota Kinabalu ni… Syukurrr alhamdulillah… Love u more n more dearest hubby :) Yang Langkawi tu katanya sebagai ganti ke Jepun tak bawak kami aritu, yang KK ni pulak ganti sebab tahun ni takde schedule melancong. Encik hasben ada janji aritu tiap² tahun nak bawak anak² semua jalan² naik flight. Kira qadha dan tunaikan janji jugalah ni… ;)

Kami ni, jalan² macam ni je lah… dekat² saja, dalam Malaysia. Paling² pun ke Sabah, Sarawak, Indonesia. Belumlah lagi dapat ke negara yang ada 4 iklim tu. Setakat percutian bajet sahaja.

Apa²pun, sangat mengharap dapat menunaikan Haji dalam masa terdekat ni. Kami laki bini dah daftar masa baru² kawin 10 tahun yang lepas. Katanya turn kami 2013. Tapi ada kemungkinan boleh dapat panggilan tahun ni. amin amin amin…. mak saya kata eloklah tengah tak ‘membuncit’ ni kan ;) . Betul jugak tu, karang dah ‘membuncit’, kan ke lagi susah, silap² tak lepas pula.

Sebut pasal Haji ni, terkenang zaman pegi Haji masa saya kecik² tak cukup umur lagi. Parents bawakkan… seronoknya… masa tu baru darjah 2 (8 tahun).  Haji yang itu belum dikiralah kan sebab belum cukup umoq. InsyaAllah, ada rezeki ni pergi dengan hasben tercinta pulaklah…. Itulah pengalaman pertama naik kapal terbang, rasa terujaaa sangattt. Next time story panjang sikit yer ;)

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.comAbangensemCikgu DahliaFarish IshakPuanBee.com,w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.comHafizmohd.comUmarFaruq.com1Artikel.comBlog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan InternetHadi HanafeeJomtonton.netMuaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.comCyza Sector, LelakiAcai.com, Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.

33 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *