Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan

 

Oh , jarang² saya nak berceloteh tentang topik sukan . Sesekala menambah ‘perencah’ berbeza dalam resepi blogging ni apa salahnya kan ?

 

Jaguh badminton negara , Dato’ Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan ‘si budak nakal’ dalam acara Kejohanan Dunia di London pada ahad lalu . Laporan dari MStar ;

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedihnya terhadap kekalahan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei di tangan musuh ketat dari China, Lin Dan, pada Kejohanan Dunia di London malam Ahad.

Dalam Facebook yang dikemaskinikan, Najib berkata perlawanan akhir itu mungkin menjadi pencapaian paling besar Chong Wei selepas menjadi pemain kedua negara layak ke final.

“Sudah dekat tetapi semakin jauh. Saya amat sedih kerana Chong Wei kalah. Ia mungkin menjadi pencapaian paling besar,” kata Najib.

Chong Wei kalah 22-20, 14-21 dan 21-23 dalam saingan selama sejam 22 minit.

Wong Choong Han menjadi pemain pertama negara layak ke final pada 2003. – BERNAMA

 

 

Tak mengapalah … belum ada rezeki namanya tu . Lin Dan memang terkenal sebagai musuh ketat Chong Wei sejak dahulu lagi .

 

8 comments

Leave a Reply to Ummi Hanie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *