Lanjutan Info – Halalkah makanan2 Hotel 5-star?

by Ummi Hanie on July 6, 2011

in INFO, Renungan

 

[Dari blog Dr. Azwan]

Tuesday, April 22, 2008
Komen Pilihan Oleh Chef Farid

Assalamualaikum,

Ini adalah komen daripada sifu saya, Chef Farid, CEO Akademi Bakeri Ria tentang artikel Hidangan Restoran 5 Bintang – Halal atau Haram. Ini adalah salah satu titik tolak kenapa beliau berkecimpung di dalam mengusahakan bakeria beliau sendiri dan akhirnya terlibat secara langsung di dalam usaha membangunkan lebih ramai usahawan melayu Islam di dalam bidang bakeri. Anda juga boleh baca artikel saya ketika saya menemubual beliau secara tidak rasmi suatu waktu dahulu .
Assalamualaikum Dr. Azwan,

Itulah dilema yang berlaku pada chef yg bekerja di hotel. Ikut pengalaman saya, ada 2 hotel yang saya dah kerja, sememangnya pendirian saya tak mahu bersubahat menghidangkan makanan yg tidak halal di dalam kek kepada pelanggan hotel.

Pernah dibaling kek oleh Executif chef kerana tak mahu masukkan Liquor dalam kek, adalah cabaran berat yang saya hadapi. Tapi pada semua chef yg ada di Malaysia, tak kira pastry chef ke, cook chef ke, ingatlah bumi ALLAH ni luas, di mana-mana sahaja boleh kita cari rezeki.

Apa yang menyedihkan JAKIM seolah-olah tutup mata tentang perkara ini. Cadangan saya, lantiklah pakar perundingan dari orang yang arif tentang sesuatu masakan untuk pengesahan halal sementera sebelum makanan itu di ke LAB untuk mengetahu secara saintifik sesuatu kandungan makanan.

Saya pernah dihubungi oleh seseorang dari PPIM tentang kek yg terdapat di cafe terkenal coz melalui rasa kek, saya dah tahu samada kek itu ada mengandungi wain atau tidak, masalahnya pada peringkat awal saya dah tahu, tapi nak buktikan secara saintifik bukan bidang saya.

Ni sekarang saya dengar pengeluaran sijil halal akan di swastakan oleh JAKIM, nampak gayanya sijil halal sekarang sudah jadi satu perniagaan pulak. Gerakkan usaha kesedaran tentang makanan yang tidak halal di hotel perlu diadakan dan disegerakan.

Suara saya kecil, tapi apabila suara saya digabungkan dengan lebih ramai lagi, ia akan menjadi gelombang seperti Tsunami. Insyaallah sahabat saya Chef Sabri akan turut sama memperjuangkan isu ini.

Semoga kita akan lebih bertanggungjawab lagi kepada UMMMAH. TQ
Chef Farid

 

InsyaAllah Chef Farid, kita sama-sama bawa gelombang ini ke seluruh Umat Islam di Malaysia. Seperti yang saya pernah tulis dahulu, Proses Halal oleh JAKIM adalah melalui sistem “voluntary”. Hotel mana yang nak dapat sijil Halal kena minta kelulusan JAKIM dan JAKIM tidak boleh saja-saja menyerbu hotel mana-mana untuk memberi sijil halal.

Apa kata JAKIM mewujudkan sijil HARAM pula. Tulis besar-besar “HARAM MAKAN DI HOTEL INI!!”. Sah orang takan datang buka puasa. Bukan kah itu lebih baik daripada berdiam diri dan membiarkan Umat Islam lain memakan makanan yang haram. Tanggungjawab JAKIM sangat berat.

Lebih baik sekiranya JAKIM dapat jawab persoalan ini. Minta JAKIM respon.

Salam.

Posted by Dr Azwan at 2:19 PM

 

Nota ummi Hanie : Permasalahan makanan halal/haram ni memang begitu rumit sekali ketika ini . Apapun diharap sangat yg pihak² berwajib/bertanggungjawab dapat menangani masalah kemusykilan ini sebaik mungkin . Kerahkanlah lagi keringat anda demi untuk kepentingan ummah ;) Terima kasih .

 

 

{ 1 comment… read it below or add one }

hans December 6, 2009 at 7:59 PM

>itulahdari beribu hotel beberapa kerat jer ada sijil halalitupun belum pasti halal sebetul atau tidakmungkin masa Jakim datang jer diorang buat betul2after that, terus kepada cara masakan asalhurmmmmsusah2

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: