Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al Quran

by Ummi Hanie on November 2, 2012

in INFO

Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al Quran | Pernah dengar tentang 2 orang adik-beradik yang menghafal al-Quran di usia kecil? Darwish dan Darwisya nama mereka. Sejuk betul perut ibu yang menghamilkan….

Tapi, untuk mendapat pencapaian sebegitu rupa, tentulah memerlukan sedikit pengorbanan dan determination (keazaman) yang tinggi untuk mendidik sekaligus menjadikan anak-anak yang masih kecil seawal usia 3 tahun berupaya menghafaz al-quran! Saya sangat-sangat kagum dengan Puan Lina Karim ni. Jeles pun ada jugak. Iyelah, anak saya 5 orang, seorang pun belum ada yang menghafal al-quran secara intensif. Setakat surah-surah pendek tu bolehlah sikit-sikit.

17 November ’12 ini, jika ada yang berkesempatan untuk pergi ke seminar hebat seperti yang tertera dalam banner di atas, silakanlah. Saya sedar, ramai parents dah ‘terbuka mata’ untuk menjadikan anak-anak hafiz/hafizah al-quran di zaman ini.

Akan tetapi, kalau tak berkesempatan nak ke seminar tersebut, jangan sedih sangat… Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al Quran sudah berada di pasaran dan boleh dapatkan di dalam talian hari ini juga. Bolehlah kita sama-sama pelajari dan aplikasikan kepada anak-anak.

Otak kanak-kanak ibarat span. Lebih muda usia mereka, lebih mudah proses penyerapan ilmu berlaku. Anak-anak kan ibarat kain putih, kita ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka. Lagipun, mendidik anak menjadi hafiz/hafizah, dijanjikan Allah dengan ganjaran yang sangat hebat di Akhirat kelak. Antaranya, ibubapa si hafiz/hafizah akan dipakaikan mahkota yang mana sinarannya lebih kuat daripada sinaran matahari.

Semoga Allah berikan saya dan tuan/puan kekuatan untuk mendidik anak-anak menjadi hafiz/hafizah, insyaAllah.

Didik Al Quran

p/s: Saya sendiri punya pengalaman menghafal Quran ketika kecil, kita cerita kemudian ye… ;)

Incoming search terms:

{ 22 comments… read them below or add one }