Lamborghini 3 beradik

Terserempak dengan lamborghini 3 beradik ni tatkala ketika nak masuk Terowong Menora – terowong antara ipoh dan Kuala Kangsar tuu… Travelog normal kami balik ke rumah mertua.

Lamborghini Hitam, Oren dan Kuning dok konvoi… teruja le kejap…. bajet nak snap, kelam kabut, kelam kabut, dapat snap 2 beradik je.

Nama pun lamborghini, lajuuu je depa pecut walaupun di lebuhraya yang bengkang-bengkok tu. Siapa biasa lalu, tahu le.. Saya kalau encik somi drive laju² kat situ, mesti nak menjerit² punya. Seriau mak.

sayup2 nampak lamborghini ketiga tu kan… cer perati

Cantik kan nombor plat si kuning tu? Kami pun lamborghini jugak. Cap VIOS. Kihkihhh…

 

Saya dok sembang dengan encik somi;

 

“Lamborghini Yusry kot tu abg…”

 

“Aah kot ye… satu Yusry, satu Lisa, satu edry”. 

 

Haha… suka-suki je kami buat ramalan cuaca kan.

 

Dah kata…. bahaya speed laju² kat area Terowong Menora ni. Tengok apa jadi kat gambar bawah ni;

 

 

 

Bukan salah satu Lamborghini 3 beradik tadi… tapi kereta lain…. apa² pun, DRIVE SAFELY ye tak kira kereta apa pun. Kesian kan… kalau melibatkan nyawa, lagilah tragik.

 

38 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *