Lamaranku diterima

Syukurrr Alhamdulillah…. hati berbunga² dan semangat blogging berkobar² setelah lamaranku diterima.

Selepas KOMLI menerima lamaran, kini giliran Innity pula yang menjadi idaman hampir setiap bloggers kan kan… Terima kasih INNITY kerana memberi peluang ini. Benarlah telahan dan kata hati saya. Kalau yang lain tak berapa menjadi, jangan putus asa cari alternatif lain. Baca cerita merajuk saya ni. Bukan tujuan saya nak memburuk²kan pihak lain, tapi jangan buang masa lagi pada perkara yang tak tentu hala tujunya.

Ini bukan pertama kali melamar, tapi kali ketiga kalau tak silap perkiraan saya. Tak nafi memang kecewa bila dua kali lamaran ditolak kerana blog masih tak cukup syarat ketika itu. Tapi, putus asa jangan sekali. Itu yang saya pesan pada diri sendiri. Alang² dah berblog, buatlah betul² dan mendatangkan hasil. Dapat pulang modal bayar hosting pun jadilah… tapi takkan tak mau lebih lagi… ye tak?

 

dato' siti nurhaliza

sekadar gambar hiasan

 

Syarat² penerimaan Innity

Dengar cerita, dulu² Innity punya requirements tak tinggi sangat. Tapi sekarang agak ketat sedikit syarat²nya.

 

 

syarat-syarat Innity

 

Saya ringkaskan sedikit ye. Blog anda mestilah;

  • ada 200k pageviews sebulan
  • ada 40k UV sebulan
  • tiada entri @ unsur² dewasa (adult) – 18SX gitu
  • tiada online streaming
  • tiada kandungan muatturun audio/video

 

Ok yang lain² baca sendiri ye…. ;)

Untuk bukti statistik blog, saya hanya gunakan Awstats dalam cPanel hosting.

 

Saya sempat printscreen syarat² Innity ketika lamaran saya ditolak tahun lepas tak silap saya…

 

syarat-syarat Innity

Nampak tak beza 2 kali ganda angka pageviews dan UV yang diminta?

So, jangan berlengah lagi, usaha daripada sekarang sebab tak tahu akan datang nanti syaratnya makin ketat lagi.

 

Kenapa Innity jadi idaman ramai bloggers?

Itu anda cari jawapannya sendiri ya (bagi yang belum tahu). Adakah kerana paymentnya yang hensem? Hehe…

Semoga dengan pemasangan Innity di blog ni menyuntik semangat untuk terus berkongsi entri² bermanfaat di samping menjana kewangan / pendapatan pasif surirumah sepenuh masa macam saya ni. Terima kasih untuk kehadiran kalian semua di sini. Tanpa kalian, blog ini takkan ke mana hanya syok sendiri…

 

 

Kerjaya Dari Rumah | Jana Pendapatan 5k – 12k Sebulan

Incoming search terms:

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *